Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: City terus mara, Spurs terus kecewa

West Ham melompat ke tangga ke - 4

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



Dalam perlawanan lain, West Ham melonjak ke tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas, Tottenham Hotspurs sekali gus meninggalkan musuh sejiran London itu di kedudukan goyah untuk memburu tempat ke aksi Eropah musim depan.



Pasukan bimbingan Jose Mourinho itu tumpas buat kali kelima dalam enam perlawanan terakhir liga selepas barisan pertahanan mereka mempamerkan aksi yang menghampakan di Stadium London.



Michail Antonio meletakkan West Ham di depan pada awal separuh masa pertama dan Jesse Lingard menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah selepas rehat.



Lucas Moura mengurangkan defisit jaringan dengan gol liga pertamanya sejak September namun Spurs gagal untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.



West Ham mengatasi Chelsea dua mata untuk melonjak ke tangga keempat selepas peningkatan mendadak dengan tujuh kemenangan dalam sembilan aksi terakhir liga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >