Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

West Ham naik tangga kelima, Havertz cemerlang bantu Chelsea atasi Everton

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Pemain midfield Declan Rice mengatakan West Ham adalah "tempat istimewa untuk berada" apabila mereka meneruskan perjuangan, yang jarang berlaku, untuk menempah tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan dengan kemenangan layak 2-0 ke atas Leeds United kelmarin.



Pasukan David Moyes naik ke tangga kelima Liga Perdana - dua mata di belakang Chelsea yang menewaskan Everton 2-0 awal kelmarin - dan memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding musuh London mereka.



Jesse Lingard memberi nyawa kepada West Ham di Stadium London ketika larian mengancam beliau dalam kotak penalti "memancing" Luke Ayling untuk mengasarinya.



Lingard, yang dipinjamkan dari Manchester United, menyempurnakan pantulan bola atau 'rebound' selepas tendangan penaltinya diselamatkan Illan Meslier.



Leeds menjumpai sasaran dua kali pada awal perlawanan, tetapi jaringan Tyler Roberts tidak diambil kira kerana Helder Costa nyaris ofsaid, dan bola hantaran Raphinha terkeluar padang sebelum menemui Patrick Bamford.



Bagaimanapun, mereka ketinggalan dua gol sebelum waktu rehat apabila hantaran Aaron Cresswell menjumpai Craig Dawson yang tidak diawasi untuk menanduk bola masuk.



Leeds kendalian Marcelo Bielsa cuba memberi respons dalam babak kedua namun Hammers teguh mempertahankan benteng mereka untuk meraih tiga mata penuh.



"Saya kecewa dengan persembahan kami," kata pemain England Rice kepada Sky Sports. "Kami menang tetapi Leeds berikan kami masalah. Sekarang, kami mula belajar bagaimana untuk menang secara buruk.



"Ini adalah skuad terbaik yang pernah saya sertai. Anda tidak sabar untuk berlatih dan berjumpa dengan pemain lain dan ini dilihat di padang. Kami berjuang untuk satu sama lain. Ia adalah tempat yang benar-benar istimewa untuk berada buat masa ini. Tempat ini mempunyai semangat luar biasa.



"Ia sukar untuk katakan kami akan Liga Juara-Juara - ada banyak perlawanan lagi tinggal. Ia akan menjadi ujian mencabar yang sebenar, tetapi lihat di mana kami berada sekarang dan ia peningkatan yang besar. Ia terletak di tangan kami. Sekiranya kami percaya kami boleh menjadi pasukan Eropah, kami harus menang perlawanan besar."



Dalam pada itu, pengurus Chelsea Thomas Tuchel memuji penyerang Kai Havertz setelah rakan senegara Jerman beliau memainkan peranan penting dalam kemenangan 2-0 Blues ke atas musuh empat pasukan teratas, Everton.



Rembatan Haverts menyebabkan Ben Godfrey menjaringkan gol sendiri untuk gol pertama perlawanan sebelum pemain Jerman itu dihadiahkan penalti, yang disempurnakan Jorginho, untuk mengekalkan rekod tanpa kalah Tuchel sebagai bos Chelsea.



Havertz, 21 tahun, berpindah ke London dari Bayer Leverkusen untuk £71 juta ($132 juta) September lalu tetapi hanya menjaring satu gol Liga Perdana dan pertama kali dibariskan dalam kesebelasan utama sejak 27 Januari.



"Saya sangat berpuas hati dengan Kai. Ia adalah kepercayaan yang kami berikan kepadanya dan dia gunakan kepercayaan itu," kata Tuchel, yang belum kalah dalam 11 perlawanan kendaliannya sejak menggantikan Frank Lampard yang dipecat Januari lalu.



"Dia ada semua keupayaan untuk menjadi tokoh dominan dalam [serangan] dan dia tampil beraksi.



"Dia bermain dengan baik untuk mempercepatkan permainan kami, meningkatkan sentuhan bola dalam kotak penalti, bertanggungjawab untuk melakukan 'assist' dan hantaran 'through-ball', dan bertanggungjawab untuk melakukan rembatan dengan sendirinya.



"Tidak dinafikan tentang kualitinya, bakatnya dan perwatakannya."



Havertz juga mempunyai gol yang tidak diambil kira kerana 'handball' dan penjaga gol Everton Jordan Pickford, yang menghadiahkan penalti kepada Chelsea, beberapa kali perlu beraksi hebat untuk menghalang Blues daripada mencatat jurang kemenangan yang lebih besar.



Pasukan Tuchel kekal di tangga keempat dan dalam tempat terakhir melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Dengan 10 perlawanan liga tinggal, mereka kini tiga mata di belakang penghuni tempat ketiga Leicester dan empat mata jauh daripada Manchester United yang di tangga kedua. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >