MELBOURNE: Serena Williams dan Roger Federer menunjukkan kehandalan masing-masing bagi melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Australia semalam, sementara pegawai antirasuah utama mengecam usaha badan tenis dunia menangani masalah penetapan perlawanan.
Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Williams, yang tidak menghiraukan masalah yang membelenggu badan tenis dunia itu, 'membaham' pemain Taiwan, Hsieh Su-Wei, 6-1, 6-2 dalam tempoh kurang sejam.