MELBOURNE: Pilihan keempat, Agnieszka Radwanska, menyifatkan prestasi yang disajikan Serena Williams sebagai "berada di tahap lebih tinggi berbanding pencabar lain dalam tenis wanita dunia" selepas dikalahkan 0-6, 4-6 oleh pemain wanita nombor satu dunia itu di pusingan separuh akhir tenis Terbuka Australia semalam.
Radwanska, 20 tahun, mengaku kalah set pertama dalam hanya 20 minit di gelanggang utama Arena Rod Laver sebelum bangkit memberikan cabaran dalam set kedua tetapi akhirnya mendapati lawannya dari Amerika Syarikat itu terlalu gagah untuk membolehkannya melangkah ke final ketujuhnya di Melbourne Park.