Wimbledon 2020 dibatal buat pertama kali sejak WW2, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Sukan3

Wimbledon 2020 dibatal buat pertama kali sejak WW2

Apr 03, 2020 | 05:30 AM

LONDON: Kejohanan tenis Wimbledon telah dibatalkan buat julung-julung kalinya sejak Perang Dunia Kedua (WW2) selepas pandemik koronavirus menjadikan satu lagi acara berprestij dalam kalendar sukan mangsanya kelmarin.

Walaupun keputusan itu sudah buat seketika waktu kelihatan tidak dapat dielakkan sejak penangguhan Sukan Olimpik Tokyo, Wimbledon merupakan antara segelintir acara sukan yang secara rasmi belum mengumumkan pembatalan atau penangguhannya.

Namun, selepas perbincangan tergempar antara pelbagai pihak berkepentingan sepanjang beberapa hari lalu, Kelab Tenis Rumput All England (AELTC) mengumumkan bahawa ia mustahil untuk mengadakan Grand Slam itu, yang dijadualkan berlangsung pada 29 Jun hingga 12 Julai ini.

"Ia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa lembaga utama Kelab All England dan jawatankuasa pengurusan kejohanan pada hari ini telah memutuskan Kejohanan 2020 akan dibatalkan akibat kebimbangan kesihatan umum yang berkaitan epidemik koronavirus," kata AELTC dalam satu kenyataan.

"Kejohanan ke 134 itu sebaliknya akan diadakan pada 28 Jun hingga 21 Julai 2021."

Pembatalan tersebut meninggalkan musim ini dalam kekusutan tanpa perlawanan tenis yang akan berlangsung sehingga pertengahan Julai ini.

"Kecewa," tulis juara lapan kali Roger Federer di Twitter.

Novak Djokavic dan Simona Halep merupakan juara bertahan perseorangan Grand Slam itu.

"Sedih mendengar @Wimbledon tidak akan berlangsung tahun ini," kata Halep di Twitter. "Perlawanan akhir tahun lalu akan sentiasa menjadi hari paling bahagia dalam hidup saya! Tetapi, kita sedang melalui sesuatu yang lebih besar daripada tenis dan Wimbledon akan kembali! Dan ini bermakna saya harus menanti lebih lama untuk mempertahankan takhta saya." - Agensi berita


"Sedih mendengar @Wimbledon tidak akan berlangsung tahun ini," kata Halep di Twitter. "Perlawanan akhir tahun lalu akan sentiasa menjadi hari paling bahagia dalam hidup saya! Tetapi, kita sedang melalui sesuatu yang lebih besar daripada tenis dan Wimbledon akan kembali! Dan ini bermakna saya harus menanti lebih lama untuk mempertahankan takhta saya."
- Simona Halep, juara bertahan wanita Wimbledon

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map