Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Wira gol Leeds mahu ikut jejak bosnya, Steven Gerrard

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



NORWICH (England): Jacob Ramsey berkata dia mahu mencontohi Steven Gerrard sebagai "seorang pemain midfield terbaik yang mampu menjaringkan gol " selepas percubaan solonya yang hebat membantu Aston Villa menang 2-0 di Norwich.



Bergerak dari bahagian padang pasukan sendiri, pemain berusia 20 tahun itu menyusup ke benteng Norwich sebelum merembat bola melepasi Tim Krul untuk gol pembukaan di Carrow Road.



Ollie Watkins pula merembat masuk hantaran rendah dari Carney Chukwuemeka untuk melengkapkan kemenangan Villa yang kini dipimpin Gerrard, bekas bintang Liverpool dan England, .



"Saya sering menonton klip bos... Beliau adalah salah seorang pemain tengah terbaik yang menjaringkan gol dan itulah yang saya inginkan.



"Jadi sebaik saya menerima hantaran dari Ollie... tidak ada sesiapa di sana, jadi saya fikir mengapa tidak ," ujar Ramsey mengenai gerakan cemerlangnya itu.



Gerrard kini telah memenangi empat daripada enam perlawanannya sebagai bos Villa sejak menggantikan Dean Smith yang kini bertugas di Norwich bulan lalu.



Bekas kapten England itu juga teruja dengan usaha Ramsey.



"Sebagai pemain tengah, anda hanya boleh memuji permainan seperti itu. Untuk merembat bola seperti itu... ia perlu jadi calon bagi gol terbaik bulan ini," kata Gerrard.



Kemenangan itu membolehkan Aston Villa melompat ke separuh teratas Liga Perdana England - menunjukkan respons yang baik selepas kekalahan 0-1 di Liverpool Sabtu lalu manakala Norwich kekal di tangga corot liga.



Dalam perlawanan lain, pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa "tidak dapat mencari apa-apa yang boleh dihargai" di samping menyifatkan "prestasi terburuk dalam empat tahun" mengurus kelab itu selepas kekalahan besar 0-7 kepada Manchester City.



Kekalahan itu adalah terburuk dalam lebih dari satu abad bagi Leeds yang turut menyaksikan pasukan itu terjerumus ke ke tangga-16 dalam liga.



"Bukannya City bermain dengan sangat baik, ia lebih ketara dengan betapa teruknya tahap prestasi kami. City bermain seperti ini sepanjang masa, atau hampir di tahap sama.



"Dan kami tidak pernah bermain seteruk ini dalam empat tahun," kata Bielsa.



Bielsa mengharungi pengalaman terburuk sejak mengambil alih tugas sebagai pengurus Leeds pada 2018. Beliau membawa mereka naik ke EPL pada musim keduanya dan menduduki tangga kesembilan apabila mereka kembali dalam liga elit England itu musim lalu.



Hanya pada musim 1930-31 mereka kutip mata lebih rendah daripada 16 mata yang dikutip dalam 17 perlawanan musim ini.



Ini juga merupakan kekalahan paling teruk Leeds dalam mana-mana pertandingan sejak menyertai liga pada 1920 - serupa kekalahan 1-8 semasa menentang Stoke pada 1934; 0-7 kepada West Ham pada 1966; dan 0-7 kepada Arsenal pada 1979.



Bielsa telah menjadi pengurus bagi 568 perlawanan kelab sepanjang pembabitannya selama 31 tahun, dan pasukannya tidak pernah dibolosi tujuh gol sebelum ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >