TEAM Singapore terlepas memenangi pingat perak kedua dalam Sukan Asia Incheon apabila Tan Yan Ni kekurangan hanya 0.03 mata untuk menduduki tempat kedua acara wushu changquan wanita tengah hari semalam.
Tan, yang memperolehi 9.63 mata, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa, yang keempat bagi Singapura dalam temasya di Korea Selatan itu, di belakang peserta Hongkong, Geng Xiaoling, yang memungut 9.66 mata.