MANCHESTER (England): Pengurus sementara Manchester United, Ryan Giggs, merancang meneruskan tugas memulihkan imej kelab itu apabila mereka menyambut kedatangan Sunderland ke Old Trafford hari ini sedang tersebar spekulasi yang mengatakan Louis van Gaal kemungkinan besar dilantik menjadi pengurus tetap.
Satu laporan akhbar Daily Mail kelmarin berkata Van Gaal akan dinamakan sebagai pengurus United minggu depan.