Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Yasir pemain senior bahaya dan versatil

Jun 22, 2019 | 05:30 AM



NAMANYA sering disebut jurulatih pasukan lawan apabila ditanya tentang pemain bahaya Tampines Rovers yang perlu diberi perhatian.



Jelas, sumbangan Yasir Hanapi terhadap perjuangan Tampines penting dan besar sehingga menjadikan beliau antara tunggak pasukan yang sering memberi 100 peratus dalam setiap perlawanan.



Bukan sahaja dengan kelab Liga Perdana Singapura (SPL) itu, malah persembahan konsisten dan semangat tidak pernah putus asa yang ditunjukkan di dalam padang oleh pemain berusia 30 tahun itu juga dapat dilihat apabila beliau menyarung jersi pasukan nasional.



Namun, apabila mengulas tentang persembahannya, pemain yang mempunyai sifat rendah hati itu berkata:



"Saya rasa persembahan saya cuma okey sahaja. Tetapi saya rasa masih banyak ruang untuk saya perbaiki."



Pemain midfield versatil itu boleh bermain di bahagian serangan atau pertahanan dan juga mempunyai kebolehan beraksi di bahagian sayap.



Disebabkan itu, beliau mampu mengelirukan pemain lawan dengan pergerakannya.



Yasir memulakan kerjaya sebagai pemain profesional bersama Geylang United (kini dikenali sebagai Geylang International) pada 2008.



Selepas tiga musim, beliau menyertai LionsXII pada 2012 dan melengkapkan skuad kendalian V. Sundram Moorthy apabila mereka membuat penampilan sulung mereka di Liga Super Malaysia (MSL).



Pada 2013, Geylang mendapatkan khidmatnya semula selama satu musim sebelum beliau berpindah ke Home United dari 2014 hingga 2015.



Selepas hampir 50 penampilan bersama pasukan The Protectors itu dan menjaringkan empat gol, giliran Tampines Rovers untuk mendapat tenaga pemain itu bagi musim 2016.



Ia merupakan satu langkah yang memberi kesan positif kepada kededua kelab dan pemain.



Yasir menempah namanya dalam kesebelasan utama kelab yang dipimpin Jurgen Raab ketika itu.



Kecemerlangannya mendapat perhatian pasukan Liga Perdana Malaysia PDRM FA yang disertainya selama setengah musim sebelum kembali ke Tampines.



Namun dengan pengalaman luas dan statistik yang mengagumkan, Yasir mengongsi bahawa beliau mengidamkan peluang menjulang trofi liga - sesuatu yang belum pernah dicapainya sejak memulakan kerjayanya lebih dari 10 tahun lalu.



"Saya sudah lama ingin menjadi juara liga ini. Ia merupakan satu trofi yang belum saya menangi. Saya rasa itulah antara faktor motivasi untuk saya sentiasa memberi yang terbaik bagi setiap perlawanan.



"Tetapi yang penting sekali, ia untuk keluarga saya di rumah. Saya mahu kerja keras agar dapat memberi mereka tempat tinggal selesa dan juga sediakan makanan," ujarnya.



Sebagai antara pemain senior di dalam pasukan Tampines, Yasir tidak lokek dalam mengongsi pengalaman dalam membantu pemain muda lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >