Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Yaya Toure tolak tawaran China: Laporan

Jan 18, 2017 | 08:09 AM



LONDON - Pemain tengah Manchester City Yaya Toure telah menolak tawaran kelab Liga Super China yang akan membayar pemain Ivory Coast itu sekitar £430,000 seminggu ($750,000), menurut laporan Selasa (17 Jan).



Kontrak Toure akan tamat pada akhir musim ini . Beliau dihubungi kelab China yang kian galak mendapatkan pemain terkenal beberapa bulan kebelakangan ini.



Pemain berusia 33 tahun itu dikatakan diminati kelab China tahun lepas.



Beliau menolak tawaran itu dan memberi jawapan yang sama ketika dihubungi semula apabila jendela pemindahan musim sejuk dibuka bulan ini kerana beliau lebih suka terus bermain di England, menurut BBC dan media British lain.



Masih tidak jelas sama ada City, yang mendapatkan Toure dari Barcelona pada 2010, akan menawarkan kontrak baru kepadanya.



Toure mendapat semula tempatnya di bahagian tengah City sejak dua bulan lalu ekoran perselisihan antara kelab dan ejennya mengancam menamatkan kontrak beliau di kelab itu.



Toure telah diketepikan oleh pengurus Pep Guardiola selepas wakil beliau, Dimitri Inside, mendakwa pemain tengah itu telah dimalukan kerana diketepikan daripada skuad Juara-Juara Liga itu.



Keadaan selesai dengan permohonan maaf daripada Toure November lalu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >