Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Yeo Jia Min mohon maaf selepas tersingkir

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Di sudut yang sejuk dan gelap di arena dalam bangunan Musashino Forest Sport Plaza pagi semalam, ia menjadi sukar bagi Yeo Jia Min menyimpan perasaan di lubuk hatinya.



Pemain badminton Singapura berusia 22 tahun itu baru sahaja tewas di tangan pemain nombor 18 dunia, Kim Ga-eun dari Korea Selatan, menyebabkan beliau tersingkir daripada persaingan perseorangan wanita di Sukan Olimpik Tokyo.



Yeo berdepan media antarabangsa di zon campuran media dengan berani menjawab soalan mereka dalam satu wawancara ringkas. Namun, ketika berdepan media tempatan - wajah yang beliau lebih kenali - Yeo tidak dapat mengawal emosinya.



"Saya minta maaf," katanya dengan lembut, sambil menoleh ke belakang untuk menenangkan dirinya.



Kepahitan kekalahan itu masih lagi dirasakan, dan ternyata beliau amat terjejas.



Yeo, 22 tahun, menduduki 12 tangga ranking lebih rendah daripada lawannya tetapi memasuki perlawanan ini menikmati rekod pertembungan 3-1 menentang Kim, yang termasuk dua kemenangan dalam pertemuan terakhir mereka pada 2019.



Kim, namun, menang perlawanan semalam 21-13, 21-14 dalam tempoh yang pantas, setengah jam, untuk melayakkan diri ke kelompok 16 pesaing terakhir, hasil kekalahan pemain Singapura itu.



Setelah mengambil seminit untuk menenangkan dirinya, Yeo mengesat air mata daripada mukanya dan dengan suara yang goyah, berkata:



"Saya rasa bahawa saya berusaha dengan gigih dan saya tahu bagaimana saya boleh bermain...(jadi) saya rasa kecewa pada diri saya dalam perlawanan ini. Saya tidak dapat kekal tenang dan sesuaikan diri pada lawan saya."



Setelah berhenti seketika, beliau menambah: "Saya tidak dapat bermain permainan terbaik saya dan berjuang lebih kuat daripada ini."



Kim, 23 tahun, menamatkan perlawanan pusingan kumpulan di puncak Kumpulan K dengan dua kemenangan, setelah mengalahkan Haramara Gaitan dari Mexico (nombor 92 dunia) Sabtu lalu.



Yeo, yang membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik, mengalahkan Gaitan 21-7, 21-10 kelmarin.



Yeo bermula dengan baik menentang Kim, menang dua mata pertama, tetapi Kim bangkit untuk menyamakan mata kepada 5-5, sebelum merampas kedudukan di depan dan menang permainan pertama.



Yeo kurang cemerlang di permulaan permainan kedua, ketinggalan 4-0 tetapi kemudian menjumpai rentaknya.



Kim, namun, berjaya mengekalkan kedudukannya di depan, untuk menang perlawanan.



Ditanya mengenai pengalaman Sukan Olimpiknya, Yeo mengukir senyuman dan berkata beliau rasa seronok dapat kembali berada dalam suasana pertandingan antarabangsa setelah enam bulan tidak beraksi akibat pandemik.



"Tetapi...Saya tidak sangka ia berakhir seperti ini.



"Saya tetap kecewa, tetapi saya akan belajar daripada (pengalaman) ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >