Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Yes... usaha CNB, MSF tangani penagih muda tampak kesan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Yes... usaha CNB, MSF tangani penagih muda tampak kesan

Program kendali 500 kes setakat ini
May 30, 2018 | 05:30 AM

SEJAK empat tahun perlaksanaannya, skim Peningkatan Pengawasan Belia (Youth Enhanced Supervision atau YES) telah mengendalikan sekitar 500 kes melibatkan penyalah guna dadah muda kali pertama yang dinilai berisiko rendah untuk mengulangi kesalahan mereka.

Jumlah tersebut didedahkan Biro Narkotik Pusat (CNB) kepada Berita Harian baru-baru ini, berdasarkan jumlah terakhir pada 31 Disember 2017.

Dimulakan pada Julai 2013, YES merupakan program pemulihan berstruktur yang bertujuan membantu para penyalah guna dadah muda yang baru dalam mengintegrasikan mereka semula ke dalam masyarakat.

Program tersebut merupakan kerjasama antara CNB dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Diminta mengulas tentang skim tersebut, seorang jurucakap MSF berkata YES merupakan program selama enam bulan yang boleh diperpanjang hingga 12 bulan yang melengkapkan sistem pengawasan ujian air kencing sedia ada yang dijalankan CNB.

"Selain melaporkan diri bagi ujian air kencing, para belia yang mengikuti YES menjalani kounseling dan beberapa komponen kes.

"Program tersebut merangkumi sesi individu, keluarga dan berkumpulan yang direka berdasarkan pendekatan berasaskan bukti," kata jurucakap MSF itu.

Menurutnya lagi, sesi-sesi tersebut memberi tumpuan kepada membantu belia meningkatkan motivasi untuk berubah, selain mempelajari kemahiran pengurusan diri untuk menghindari penyalahgunaan dadah.

Menyedari bahawa lebih banyak lagi boleh dilakukan untuk menangani masalah salah guna dadah di kalangan belia di sini, Pengarah Bahagian Komunikasi CNB, Encik Sng Chern Hong, berkata:

"Untuk menangani situasi dadah di peringkat antarabangsa serta serantau yang mencabar, Singapura tetap mengekalkan dasar toleransi sifar terhadap dadah.

"CNB akan meneruskan usaha penguatkuasaan intensif, kerjasama rapat dengan rakan kongsi serantau dan masyarakat serta pendidikan pencegahan dadah yang disasarkan."

"Mengenai pemulihan dan integrasi semula pesalah muda dan kali pertama, kami sedar lebih banyak boleh dilakukan. Oleh itu, pendekatan yang lebih disasarkan telah pun dikuatkuasa bagi menangani keperluan penyalah guna dadah ini berdasarkan profil risiko mereka," tambah Encik Sng.

Beliau memberi contoh skim YES bagi pesalah muda baru yang dianggap berisiko rendah mengulangi kesalahan mereka dan Pusat Pemulihan Masyarakat (CRC) yang menempatkan mereka yang berisiko sederhana (moderate).

Belia yang berisiko tinggi pula ditempatkan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC).

Meskipun CNB tidak dapat mendedahkan kadar kebentanan (recidivism) di kalangan belia yang mengikuti skim YES, Encik Sng berkata terdapat pengurangan dalam jumlah keseluruhan serta penyalah guna dadah baru yang diberkas tahun lalu.

Laporan lain: Cabaran baru CNB: Sikap liberal belia terhadap dadah

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3