Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Yip Pin Xiu raih pingat emas pertama SG di Paralimpik Tokyo

Aug 25, 2021 | 05:20 PM



PERENANG negara Yip Pin Xiu memenangi pingat pertama Singapura di Paralimpik Tokyo 2020 selepas beliau memenangi lumba kuak lentang 100 meter (S2) pada hari pertama, Rabu (25 Ogos).



Yip mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Paralimpik Rio 2016, melengkapkan perlumbaan itu dalam masa 2 minit 16.61 saat (2:16.61)



Ini adalah pingat emas Paralimpik yang keempat dimenanginya. 



Beliau juga adalah pemegang rekod dunia bagi acara tersebut – 2:07.09 – yang dicatatnya di Rio 2016.



Perenang pasukan tuan rumah Miyuki Yamada memenangi pingat perak dalam masa 2:26.18.



Tempat ketiga diraih oleh RamireFabiola dari Mexico, yang mencatat masa 2:36.54.



Yamada memulakan perlumbaan dengan pantas, dan mendahului Yip pada jarak 25 meter.



Namun Yip mula merapat jurang dengan Yamada di pertengahan kolam dan mendahului menyentuh tembok bagi 50 meter pertama terdahulu.



Menyusuli itu, Yip, 29 tahun, yang sedang beraksi dalam Paralimpik keempat, terus memperluas jarak antaranya dengan peserta lain dan memenangi perlumbaan dengan selesa.



Yip berpeluang memenangi satu lagi emas - dalam acara kuak lentang 50 meter (S2) pada 2 September.



Beliau juga pemegang rekod dunia bagi acara tersebut. 



Dalam pada itu, seorang lagi perenang negara Sophie Soon mencatat masa 1 min 28.61 saat dalam saringan acara gaya kupu-kupu 100 meter (S13).



Beliau, yang bertanding di Paralimpik pertama, mengakhiri perlumbaan di tempat terakhir antara 18 perenang dan tidak melayakkan diri ke final.



Bercakap dengan media Singapura semalam, Soon, 24 tahu berkata beliau memulakan perlumbaan itu tanpa boleh melihat apa-apa, selepas ‘goggle’ renang yang digunakannya menjadi kabur.



Beliau terpaksa meneruskan perlumbaan dengan cara mengira bilangan strok untuk menganggarkan posisi tembok.



“Saya tahu ia silap saya sendiri, kerana saya tidak bersedia menghadapi keadaan itu,” ujar Soon.



Namun beliau mempunyai peluang baik untuk menebus kekecewaannya pdaa 1 September nanti, apabila beliau berlumba dalam acara kegemaran – kuak dada 100 meter (SB12).



Dalam pada itu, atlet lumba basikal negara Steve Tee mencatat masa peribadi terbaik, 4:40.453 dalam acara kejar-mengejar individu 4,000 meter lelaki (B) semalam.



Berlumba dalam saringan ketiga, Tee, dan jurupandunya, Ang Kee Meng, menewaskan peserta dari Hungary Robert Ocelka dan jurupandunya Gergely Nag yang mencatat masa 4 minit42.401 saat.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong memuji pencapaian Yip sambil menambah bahawa seluruh Singapura turut berbangga dengan pencapaian tersebut.



Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Soon dan Tee kerana telah bertanding dalam Olimpik pertama mereka. 



"Saya tidak sabar untuk menyaksikan aksi atlit Singapura kita yang lain dalam acara ini. Semoga berjaya kepada #OneTeamSG!" kata Encik Lee dalam kiriman posnya di Facebook. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >