Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Yoshida diumum ketua jurulatih pasukan Liga Jepun 2, Ventforest Kofu

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



BEKAS jurulatih pasukan bola sepak Singapura, Tatsuma Yoshida, telah diumumkan sebagai ketua jurulatih baru bagi pasukan Liga Jepun 2, Ventforest Kofu, kurang seminggu setelah melepaskan jawatannya setelah menyatakan beliau mahu pulang ke negara asal untuk bersama keluarganya.



Pelantikan Yoshida itu diumumkan Ventforest di laman web rasmi kelab tersebut semalam.



Dalam kenyataannya, Yoshida berkata tawaran Ventforest, di mana beliau merupakan jurulatih dari 2017 hingga 2018 dan memimpin kelab itu mendapatkan promosi ke Liga Jepun 1, tidak diduga dan beliau tidak dapat memberi jawapan serta merta.



Namun, menurut jurulatih berusia 47 tahun itu, tarikannya untuk pulang ke Jepun dan sejarahnya bersama Ventforest dan penyokongnya akhirnya meyakinkan beliau bahawa ia adalah satu langkah yang tepat.



"Saya gembira diberi peluang untuk bertemu dan menjalin hubungan dengan ramai orang di kelab itu, dan saya ghairah untuk menjalin semula hubungan kami dan bertemu rakan-rakan baru," kata Yoshida.



"Pasukan saya akan melakukan yang terbaik. Saya akan cuba menjadikan kelab ini lebih kukuh setiap hari. Kami akan membangunkan sebuah pasukan yang utuh, bersatu padu dan berkembang sepanjang musim," ujar beliau lagi.



Yoshida mengundurkan diri sebagai jurulatih pasukan negara Selasa lalu, hanya tiga hari selepas Singapura tersingkir di peringkat separuh akhir, pertandingan Piala Suzuki AFF menyusuli kekalahan 5-3 dalam dua perlawanan, dengan perlawanan yang penuh kontroversi.



Piala Suzuki tahun ini dimenangi oleh Thailand.




"Saya gembira diberi peluang untuk bertemu dan menjalin hubungan dengan ramai orang di kelab itu, dan saya ghairah untuk menjalin semula hubungan kami dan bertemu rakan-rakan baru. Pasukan saya akan melakukan yang terbaik. Saya akan cuba menjadikan kelab ini lebih kukuh setiap hari. Kami akan membangunkan sebuah pasukan yang utuh, bersatu padu dan berkembang sepanjang musim.''
- Tatsuma Yoshida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >