Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Yoshida gembira Singa tak gelabah tanpa pemain utama

Upaya main peranan kemimpinan apabila SG seri dengan Afghan dalam perlawanan latihan di Dubai
Jun 01, 2021 | 05:30 AM



JURULATIH pasukan Singa Tatsuma Yoshida memuji para pemainnya, yang tampil menggalas peranan kemimpinan di tengah-tengah ketiadaan pemain senior utama apabila Singapura mencatat keputusan seri 1-1 dengan Afghanistan dalam satu perlawanan latihan di Dubai Sabtu lalu.



Dalam satu wawancara Zoom bersama The Straits Times sehari selepas perlawanan itu, Yoshida berkata bahawa perlawanan itu - yang merupakan aksi bola sepak 90 minit pertama pasukan nasional itu sejak November 2019 - membantu memberi beliau "90 peratus" kepastian mengenai barisan kesebelasan utamanya bagi perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Palestin lusa.



Perlawanan menentang Palestin itu ialah yang pertama daripada tiga perlawanan kelayakan Kumpulan D. Singapura akan berdepan Uzbekistan pada 7 Jun di Arab Saudi dan bertemu tuan rumah pada 11 Jun.



Namun, jurulatih asal Jepun itu berkata beliau "tidak berpuas hati" dengan cara pasukannya memboloskan gol pada sentuhan terakhir perlawanan yang berlangsung di Kelab Iran Dubai.



Tandukan gol Zubair Amiri - salah seorang daripada 13 pemain berpangkalan di Eropah dalam skuad 26 pemain Afghanistan - mengimbangi jaringan separuh pertama Gabriel Quak.



"Kami sepatutnya menutup perlawan dengan lebih baik," kata Yoshida. "Kami (memboloskan) serangan balas apabila kami tidak perlu menyerang.



"Pemain cuba menjaringkan gol kedua, dan mereka agresif... tetapi saya fikir pada waktu itu, kami patut kekalkan pembentukan kami dan tidak memberi (Afghanistan) peluang."



Pemain midfield Shahdan Sulaiman, yang tidak berada di padang ketika gol penyamaan itu, berkata: "Mengecewakan selepas mempertahankan kelebihan begitu lama akhirnya melepaskan satu gol pada saat-saat terakhir.



"Tetapi mengetahui perasaan yang boleh dirasakan apabila tiga mata boleh menjadi satu, pasti akan memberi pengaruh besar pada kami dan ia sesuatu yang akan kami pelajari."



Meskipun itu, Yoshida berkata beliau berpuas hati akan banyak aspek persembahan pasukan Singa dalam perlawanan itu, yang membenarkan pemain gantian tanpa had dan tidak dikira sebagai perlawanan antarabangsa rasmi untuk pemain.



Beliau memuji pemain seperti pemain midfield Yasir Hanapi, yang memulakan perlawanan sebagai kapten, dan pemain pertahanan Madhu Mohana, yang memakai lengan kapten pada separuh kedua, serta Shahdan dan penjaga gol Izwan Mahbud, yang memaparkan kemimpinan dalam pasukan tanpa beberapa pemain utama itu.



Kapten Hariss Harun, 30 tahun, dan pemain pertahanan Baihakki Khaizan, 37 tahun, yang secara keseluruhan membuat 238 penampilan buat Singapura, terlepas beraksi dalam perlawanan itu atas sebab peribadi tetapi akan menyertai skuad di Arab Saudi.



Pemain pertahanan utama Safuwan Baharudin, yang tampil 96 kali bagi Singapura, tidak disertakan dalam perlawanan itu sebagai langkah berjaga-jaga setelah mengalami konkusi, sementara penyerang Ikhsan Fandi, 22 tahun, yang meletak dirinya sebagai ketua penyerang pasukan Singa dengan lapan gol dalam 18 perlawanan, menarik diri daripada skuad itu selepas mengalami kecederaan lutut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >