TAHUN baru yang bakal menjelang lebih istimewa bagi pasukan Courts Young Lions dan jurulatihnya, Aide Iskandar.
Pasukan bawah 23 tahun itu bukan sahaja bakal memulakan musim Liga-S berbekal prestasi memberangsangkan di akhir musim lalu, malah berpeluang merebut pingat emas bola sepak pertama negara di Sukan Asia Tenggara (SEA) yang berlangsung 5-16 Jun nanti.