ROME: Dianggap sebagai seorang revolusioner, Arrigo Sacchi muncul secara tiba-tiba memimpin pasukan hebat AC Milan menjulang mahkota Eropah buat dua tahun berturut-turut pada 1989 and 1990.
Ia satu pencapaian yang belum dapat diulangi jurulatih lain, tetapi Zinedine Zidane berpeluang menyamai pencapaian cemerlang itu sekiranya pasukannya, Real Madrid, berjaya mempertahankan trofi kejuaraan Liga Juara-Juara apabila menentang Juventus dalam final di Cardiff Sabtu ini (2.45 pagi Ahad waktu Singapura).