Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zidane jurulatih baru Real Madrid, Benitez dipecat

Jan 5, 2016 | 7:38 AM
 Jurulatih baru Real Madrid, Zinedine Zidane, menemui media di stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada 4 Januari. Gambar REUTERS
Jurulatih baru Real Madrid, Zinedine Zidane, menemui media di stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada 4 Januari. Gambar REUTERS -

MADRID: Real Madrid memecat Rafael Benitez pada Isnin (4 Jan) dan melantik legenda kelab tersebut, Zinedine Zidane, menggantikan jurulatih Sepanyol itu.

"Kami telah mengambil keputusan sukar membatalkan kontrak Rafael Benitez sebagai jurulatih," kata presiden Madrid, Florentino Perez.

"Lembaga Real Madrid telah membuat keputusan menamakan Zinedine Zidane sebagai jurulatih pasukan utama."

Tempoh tujuh bulan Benitez berakhir selepas Real seri 2-2 dengan Valencia Ahad lalu, menyebabkan ia empat mata di belakang musuh setempat Atletico Madrid di puncak La Liga.

Mereka juga ketinggal dua mata di belakang pesaing abadi, Barcelona, setelah bermain lebih satu perlawanan.

Zidane menjaringkan gol kemenangan sensasi bagi memberi Real piala Liga Juara-Juara 2002 sebagai pemain, tetapi kurang berpengalaman dalam pengurusan kerana hanya pernah menguruskan pasukan feeder Real, Castilla.

Jurulatih berusia 43 tahun itu gagal menaikkan Castilla dari divisyen tiga bola sepak Sepanyol musim lalu, tetapi mereka kini menduduki tangga kedua dalam Division B liga daerah, Segunda, dengan hanya dua kekalahan daripada 19 perlawanan musim ini.

Warga Perancis itu sebahagian daripada pasukan jurulatih Carlo Ancelotti yang membawa Madrid memenangi Liga Juara-Juara dan Copa del Rey pada 2014.

"Kami mempunyai kelab terbaik di dunia, peminat terbaik dan apa yang kami perlu lakukan sekarang, dan apa yang saya akan cuba lakukan dengan terbaik, ialah memastikan pasukan ini menang pada akhir musim ini," kata Zidane.

"Saya lebih emosi daripada semasa saya menandatangani sebagai pemain, tetapi itu perkara biasa dan esok saya akan letakkan hati saya pada usaha melakukan semua yang saya boleh bagi kelab ini."

Zidane akan mengendalikan perlawanan pertamanya sebagai bos di tempat Real sendiri, menentang Deportivo La Coruna Sabtu ini. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg