LIGA JUARA-JUARA

Zidane lahir kesetiaan jelang final lawan bekas kelab

MADRID: Zinedine Zidane menegaskan jiwa dan kesetiaannya tidak akan berbelah-bahagi selepas memimpin Real Madrid ke final kedua berturut-turut Liga Juara-Juara, apabila mereka akan bertemu bekas kelabnya, Juventus, bulan depan.

Real mengharungi asakan bertubi-tubi pada separuh masa pertama daripada musuh ketatnya dan juga seteru La Liga, Atletico Madrid, sebelum menang 4-2 melalui keputusan agregat, sekali pun tewas 1-2 dalam pertemuan separuh akhir kedua di Vicente Calderon dinihari semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan