Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25
sajak
129 Artikel
Berita Harian
Sep 24, 2017 | 05:30 AM

di unit gersang tersergam usang
didiami orang ditimpa malang
ke mana hilang insan disayang?
senang ditatang susah dibuang
inilah pentas dunia penuh wayang

Berita Harian
Sep 18, 2017 | 05:30 AM

Rohingya kau merintih penuh harapan
Merembeskan air mata mengalir setiap hari tanpa dipinta
Perpecahan dalam bangsa menjadi api kemarahan

Berita Harian
Jul 30, 2017 | 05:30 AM

Terbanglah lagi
Selagi ada ruang
Selagi ada peluang
Selagi belum jelang petang
Kerana esok semuanya akan hilang
Menjunjung titah yang datang

Berita Harian
Jul 24, 2017 | 05:30 AM

hidup tanpa usaha kenal diri,
kebingungan di angkasa.

bagaikan jentera,
keberdayaan
cuma rutin
tanpa roh.

Berita Harian
Jul 17, 2017 | 05:30 AM

Dek mendalam cintanya
kepada panas dan batu
maka laluan hidupnya
dilanda ombak ganas
menjadi tidak menentu.

Berita Harian
Jul 10, 2017 | 05:30 AM

Hari Raya tidak bermakna
jika makna raya tidak sebenarnya raya
raya keihsanan
raya keikhlasan
raya kejujuran
raya kemaafan
raya kemuliaan

Berita Harian
Jun 19, 2017 | 05:30 AM

Ramadan
sekali lagi ia kembali
singgah sementara
buat kami di sini
tiada yang peduli
hidup mati kami
hanya pada-Nya kami serahkan

Berita Harian
Jun 04, 2017 | 05:30 AM

Mengenang erti lapar dan dahaga
mengajar erti hidup sebagai hamba
berjimat sebelum papa
beringat sebelum melara
beramal sebelum merana
berzakat sebelum sengsara

Berita Harian
Jun 04, 2017 | 05:30 AM

Jauh dalam diammu, Ramadan
diriuhkan satu permulaan
permulaan mengatur urusan baru
mengelus kalbu
betapa tak akan padam lentera amalan
hingga ke akhir zaman

Berita Harian
Jun 04, 2017 | 05:30 AM

berseri wajah Ramadan
menghadirkan cahaya kehangatan
bertasbih seluruh alam
marhaban yaa Ramadan

Pages