Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Takut dan panik lebih merbahaya dari koronavirus: PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

Takut dan panik lebih merbahaya dari koronavirus: PM Lee

Ancaman virus ujian ke atas perpaduan sosial, daya tahan psikologi rakyat
Feb 09, 2020 | 05:30 AM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata ujian sebenar di sebalik ancaman penularan koronavirus baru ialah kesannya terhadap perpaduan sosial dan daya tahan psikologi warga Singapura. Ini kerana rasa cemas boleh menyebabkan lebih banyak bahaya daripada penularan virus itu. "Sifat takut dan cemas adalah suatu yang semula jadi. "Saya faham penyakit ini baru, dan kita semua mahu melindungi diri sendiri dan orang-orang yang kita sayangi. "Tetapi, rasa cemas itu boleh menjadi lebih bahaya daripada virus itu sendiri," kata Encik Lee. Beliau membuat kenyataan itu sehari selepas Singapura menaikkan penilaian risiko wabak (Dorscon) itu kepada jingga daripada kuning selepas tiga kes terbaru yang tidak diketahui puncanya dikenal pasti. Dalam mesejnya dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin, Encik Lee menggalak warga agar tidak membiarkan rasa cemas mendorong tindakan yang memburukkan lagi keadaan. "Jangan sebarkan berita palsu. Jangan membeli bekalan pelitup dan makanan dengan berlebihan. Jangan menuduh mana-mana kumpulan bagi apa yang sedang berlaku sekarang," kata Encik Lee. Beliau yakin Singapura boleh menangani koronavirus kerana kita lebih bersiap sedia setelah melalui Sars 17 tahun lalu. "Secara psikologi, kita lebih bersedia. Rakyat Singapura tahu apa yang ingin dijangkakan dan bagaimana hendak memberi reaksi. "Lebih penting lagi, setelah melalui Sars, kita tahu kita juga dapat melaluinya,'' kata Encik Lee. Namun, beliau menambah penularan koronavirus pesat berubah kerana banyak perkembangan baru yang memerlukan respons yang dinamik dan segera. Kebanyakan kes sebelum ini diimport dari China dan boleh dijejak dari kes import itu tetapi sejak beberapa hari lalu, beberapa kes sukar dijejak punca jangkitannya. Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan tiga kes baru - kesemuanya melibatkan warga Singapura dan tiada kaitan dengan kes sebelum ini dan tidak pergi ke China baru-baru ini. Ia termasuk seorang guru wanita di Maktab Rendah Victoria berusia 42 tahun. "Ini membimbangkan kami dan ia menunjukkan virus itu mungkin sudah berlegar dalam kalangan penduduk. Oleh itu, kami meningkatkan Dorscon kepada jingga dan meningkatkan langkah pencegahan,''katanya. Ini bukan kali pertama Dorscon diberi penilaian jingga di Singapura kerana penilaian itu juga diberikan pada 2009 semasa wabak H1N1. "Jadi, kita tidak perlu panik. Kita tidak ada sekatan keluar atau masuk dalam bandar atau meminta semua orang duduk di rumah sahaja. "Kita mempunyai bekalan yang banyak, jadi tidak perlulah membeli mi segera, makanan dalam tin atau kertas tandas berlebihan seperti yang dilakukan segelintir orang,'' kata Encik Lee. Jika lebih banyak kes yang timbul tanpa mengetahui sumber jangkitannya, beliau berkata 'strategi perlu disemak' kerana ia semakin sukar menjejak mereka yang berhubung rapat dengan pesakit. Pada ketika itu, jika kadar kematian masih rendah, mereka yang mempunyai simptom sederhana boleh berjumpa doktor dan berehat di rumah dan tidak perlu ke hospital. Hospital pula boleh menumpukan terhadap mereka yang berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai komplikasi penyakit. Beliau berkata senario itu mungkin berlaku atau tidak tetapi beliau mengongsinya agar rakyat lebih bersedia secara mental. "Kita harus yakin bahawa bersama-sama, kita boleh mengatasinya. "Kita pernah menewaskan wabak Sars dahulu. Setiap kita ada peranan. Ikuti nasihat Kementerian Kesihatan dan dapatkan maklumat terkini dari sumber yang sahih seperti Muis dan khidmat WhatsApp Gov.sg. "Jaga kebersihan diri sendiri, keluarga dan sekitaran kita, dan ambil langkah berjaga-jaga. Jika anda tidak sihat, segeralah berjumpa doktor. Teruskan kehidupan anda seperti biasa,'' kata Encik Lee, dalam kenyataannya dalam Bahasa Melayu. Laporan lanjut:  Usah panik, bekalan cukup: NTUC FairPrice Pejabat Mufti keluar panduan langkah elak jangkitan virus Warga Bersatu: Pamer ihsan bergotong-royong hulur bantuan

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >