LIGA PERDANA ENGLAND
Terdesak untuk menang
West Ham perlu mata untuk bangkit dari tiga tangga terakhir; City buru akhiri urutan dua kekalahan berturut-turut
Feb 09, 2020 | 05:30 AM
LONDON: Dalam perlawanan pertama di bawah bimbingan David Moyes awal tahun ini, West Ham membenam Bournemouth 4-0, sekali gus mencadangkan pelantikan Moyes telah mengembalikan kelab London itu ke landasan kemenangan.
Itulah kali terakhir West Ham memenangi perlawanan Liga Perdana England dalam enam percubaan setakat ini.