Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Terima kasih! Remaja luah perangsang bagi staf barisan depan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

KORONAVIRUS

Terima kasih! Remaja luah perangsang bagi staf barisan depan

Warga Bersatu: Pamer ihsan bergotong-royong hulur bantuan
Feb 09, 2020 | 05:30 AM

BAGI memberi sokongan dan semangat kepada staf jagaan kesihatan yang berada di barisan hadapan dalam usaha menangani koronavirus, Encik Muhammad Akram Mohammad Hanif, telah mengajak anak muridnya agar sama-sama mencatitkan kata-kata perangsang untuk diberikan kepada golongan itu. Beliau yang mengendalikan sebuah program Progress Nest di Kelab Masyarakat Marsiling, mendapat inspirasi untuk menghasilkan papan padat dengan kata-kata perangsang menyusuli perbincangannya dengan anak muridnya. Para pelajar yang mengikuti kelas itu merupakan mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan Marsiling. Mereka diajar tentang kemahiran hidup selain nilai-nilai positif yang dapat memberi mereka rangsangan dalam kehidupan. "Kami sebenarnya sedang membincangkan tentang semangat berpasukan dan pentingnya untuk saling bekerjasama antara satu sama lain. Dan antara topik yang kerap dibincangkan ialah berkenaan isu koronavirus ini. "Jadi kami memikirkan untuk menangani virus ini penting untuk semua lapisan masyarakat bekerja sebagai satu pasukan agar dapat sama-sama memeranginya. "Dan kami terfikir, apakah cara terbaik untuk melahirkan rasa terima kasih kami kepada mereka yang berada di barisan hadapan dalam usaha memerangi virus ini, justeru timbul papan kata-kata perangsang ini," kongsi Encik Akram, 24 tahun. Usaha murninya itu juga telah diketengahkan oleh Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, semasa beliau membentangkan ucapan menteri di parlimen baru-baru ini. Dalam ucapan tersebut, Encik Gan memuji usaha relawan sepertinya yang telah mendekati sekitar 45 belia dan anak remaja di Kelab Masyarakat Marsiling demi memupuk nilai baik. Menurut Encik Gan, Encik Akram telah mengajak golongan remaja itu meluahkan rasa terima kasih mereka dalam bentuk kata-kata yang dilekatkan pada sebuah papan untuk kakitangan perubatan barisan pertama di Hospital Tan Tock Seng. Papan tanda itu akan diberikan kepada staf hospital tersebut tidak lama lagi.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >