Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KISAH 'BRO' 1: BROTHERS PROJECT

10 jam perjalanan darat, naik sampan bantu penduduk pendalaman Filipina bina pam air

Generasi muda mungkin kerap dilabel antaranya sebagai generasi strawberi, tidak kenal erti kesusahan, terlalu asyik dengan media sosial dan sebagainya. Tetapi, ia tidak mencerminkan seluruh golongan itu dengan tepat. Malah, terdapat belia di luar sana yang berjiwa masyarakat, memaparkan daya tahan dan rajin menghulur tangan bagi membantu golongan yang dihimpit kesusahan. BERITA HARIAN menyorot beberapa kisah anak muda yang membangunkan inisiatif sendiri dalam usaha menyumbang kepada kebaikan masyarakat setempat mahupun luar negara.
Sep 02, 2020 | 05:30 AM



Generasi muda mungkin kerap dilabel antaranya sebagai generasi strawberi, tidak kenal erti kesusahan, terlalu asyik dengan media sosial dan sebagainya. Tetapi, ia tidak mencerminkan seluruh golongan itu dengan tepat. Malah, terdapat belia di luar sana yang berjiwa masyarakat, memaparkan daya tahan dan rajin menghulur tangan bagi membantu golongan yang dihimpit kesusahan. BERITA HARIAN menyorot beberapa kisah anak muda yang membangunkan inisiatif sendiri dalam usaha menyumbang kepada kebaikan masyarakat setempat mahupun luar negara



MEREKA meredah perjalanan selama 10 jam - menaiki kenderaan yang melalui jalan berbatu dan kemudian berpindah ke sampan lama yang mengeluarkan asap tebal - setelah menaiki dua pesawat dari Singapura ke Filipina.



Semua itu demi memasang pam air di kawasan pendalaman Balabac, di mana masyarakat yang menetap di situ sukar mendapat akses kepada air mahupun air bersih.



Walaupun perjalanannya berliku dan mencabar, hal ini tidak sama sekali mematahkan semangat dua anak muda itu, Encik Muhammad Asraf Mohd Amin, 27 tahun, dan Encik Muhammad Syafiq Azman, 24 tahun, yang merupakan pengasas bersama Brothers Project.



Malah, projek pertama mereka tahun lalu itu hanya titik permulaan bagi pelbagai insiatif mereka yang lain.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Asraf berkata:



"Di sana, bekalan air tidak menentu. Hari ini ada air, esok tidak ada air, jadi kami perlu kumpul air dan jimat untuk mandi. Di Singapura, orang sebaliknya membazir air. Ini telah mengubah perspektif saya, dan membuat saya lebih menghargai kehidupan saya di Singapura. Ini juga menguatkan lagi keinginan saya untuk terus membantu."



Brothers Project ditubuhkan dengan tujuan menabur bakti kepada masyarakat luar negara dan menggalakkan orang muda untuk selalu memberikan bantuan kepada golongan memerlukan.



Brothers Project juga mempunyai aspirasi mengembangkan usaha mereka dengan mendekati masyarakat setempat.



Menurut Encik Asraf, setiap tahun, mereka akan mengadakan tiga projek di mana dua daripadanya diadakan sewaktu Ramadan dan Hari Raya Haji sementara yang ketiga dinamakan $1 Project.



Sewaktu Ramadan, mereka akan mengagihkan makanan atau barang keperluan kepada golongan memerlukan di Indonesia, Filipina, Bangladesh atau Kemboja dan setibanya Hari Raya Haji, mereka akan membantu mengendalikan proses ibadah korban di luar negara yang dilakukan warga Singapura.



Sementara itu, $1 Project pula bertujuan membangunkan masjid atau pusat tahfiz di luar negara.



"Walaupun rakan-rakan dan keluarga hanya menyumbang sedolar sahaja bagi pembelian bahan pembinaan itu, jumlahnya secara kolektif akan menjadi besar," kata Encik Asraf.



Pandemik Covid-19 telah membawa cabaran berbeza bagi dua anak muda itu dan menyekat perjalanan mereka untuk ke luar negara.



"Sebelum adanya Covid-19, saya akan turun padang. Kami sudah diberi amanah, dan ini adalah tanggungjawab kami untuk ke sana, periksa dan ambil gambar.



"Alhamdulillah dengan adanya wadah dalam talian, kami tetap dapat memastikan tugas yang kami amanahkan kepada mereka dijalankan walaupun kami tidak dapat ke sana," ujar Encik Asraf yang menambah bahawa mereka pastikan hanya bekerjasama dengan rakan masyarakat setempat yang boleh dipercayai.



Encik Asraf, yang merupakan pelakon dan pada masa yang sama bekerja dalam syarikat pengurusan jenazah Nuruddin, menambah bahawa nama Brothers Project juga melambangkan silaturahim yang terjalin antara 'brothers' sesama Islam yang ditemui di luar negara.



Anak muda itu yang turut melakukan kerja kemasyarakatan dalam negeri bersama Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) menggalakkan anak muda supaya menyumbang kepada masyarakat tetapi menekankan kepentingan untuk ada "keikhlasan" dan "niat yang betul".



Ketika ditanya apa yang membuat pengalaman membantu masyarakat luar negara bermakna, dia berkata:



"Usaha ini bukan usaha individu, ini merupakan usaha bersama. Itu yang memuaskan.



"Saya juga mahu menunjukkan kepada masyarakat asing nilai-nilai positif kita sebagai warga Singapura."




"Di sana, bekalan air tidak menentu. Hari ini ada air, esok tidak ada air, jadi kami perlu kumpul air dan jimat untuk mandi... Ini telah mengubah perspektif saya dan membuat saya lebih menghargai kehidupan saya di Singapura. Ini juga menguatkan lagi keinginan saya untuk terus membantu."
- Encik Muhammad Asraf Mohd Amin.



KISAH BRO2: LUAHAN RASA DALAM IRAMA 'BRO'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >