Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

162 kes dalam masyarakat, 87 berkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong

Jul 23, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 162 kes Covid-19 baru dalam masyarakat telah disahkan hingga tengah hari semalam, termasuk 87 kes yang dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.



Ini menjadikan jumlah kes dalam kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong itu menjadi 538.



Lagi lima kes pula berkait dengan kelompok KTV. Kelompok itu kini mempunyai 220 kes.



Daripada jumlah 162 kes itu, 59 dikaitkan dengan kes sebelum ini dan telah pun dikuarantin.



Sementara itu, 51 kes berkait lain dikesan melalui pengawasan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Dalam pada itu, terdapat 52 kes baru yang tidak berkait semalam.



Di kalangan kes tersebut termasuk enam warga emas berusia 70 tahun, yang tidak divaksin dan berisiko mendapat penyakit serius, kata MOH.



Bersama lapan kes diimport, secara keseluruhan terdapat 170 kes Covid-19 baru semalam.



Semua kes diimport telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.



Lima daripada kes itu dikesan sebaik tiba di Singapura, manakala tiga lagi mengalami simptom semasa SHN atau pengasingan. Singapura sejauh ini mencatat 63,791 kes Covid-19.



Kelmarin, MOH mengesahkan dua kelompok jangkitan Covid-19 baru di pasar Clementi dan Whampoa yang berkaitan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong serta satu lagi kelompok baru di Kasino Marina Bay Sands.



Kedua-dua pasar itu ditutup kepada orang awam sejak semalam hingga 5 Ogos ini bagi memutuskan rantaian jangkitan dan bagi membolehkan premis ini dibersihkan secara rapi, tambah MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >