Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU GEGAR VAGANZA 8

4 peserta pencetus inspirasi diramal finalis GV8

Penonton rancangan realiti tertarik pada semangat, ketulusan Aliff, Adibah, Nikki, Suki
Nov 30, 2021 | 05:30 AM



BAHANG pertandingan realiti Gegar Vaganza 8 (GV8) sudah dapat dirasakan meskipun baru masuk konsert minggu kedua kelmarin.



Meskipun masih awal lagi menentukan peserta yang layak ke pusingan akhir tahun depan, warganet dan selebriti yang mengikuti perkembangan peraduan anjuran Astro Ria ini sudah mula membuat ramalan empat finalis yang layak bertarung vokal kelak.



Ini berdasarkan kelakonan yang ditampilkan peserta berkenaan bagi dua pusingan pertandingan.



Hasil tinjauan Berita Harian di Facebook, Instagram dan Twitter, dapat dilihat pemilihan warganet bukan sahaja berdasarkan vokal tetapi kisah inspirasi yang dibawa bersama empat penyanyi berikut.



Perubahan dan karisma Aliff Aziz 'memancing' peminat baru



Setiap kali berita mengenai kejayaan Aliff, 30 tahun, di GV8 dimuatnaikkan ke Facebook akhbar ini, setiap kali itu ramai warganet yang terdorong memberi kata-kata perangsang buatnya.



Aiin Mohd menulis:



"Alhamdulillah... tahniah Aliff Aziz. Teruskan perjuangan. Jangan sekali-kali berasa selesa. Anda ada masa depan yang cerah. Ingat isteri dan anak-anak. Kami bangga dengan pencapaian anda."



Di Twitter juga, beberapa warganet menyatakan betapa mereka menanti-nantikan peluang menyaksikan persembahan Aliff bagi minggu-minggu mendatang selepas terpukau dengan dendangan syahdu lagu Padi, Kasih Tak Sampai, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).



"Lagu Kasih Tak Sampai... tapi nyanyian Aliff yang cukup menghayati sampai ke hati saya. Dulu tak begitu tahu tentang kuasa vokal Aliff. Sekarang lebih terinspirasi apabila membaca kisahnya ingin istiqamah dan buat perubahan diri," tulis Sweet Girl dalam ciapan Twitternya.



Pengarah drama The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja, Michael Ang juga kagum dengan persembahan Aliff serta suaranya yang lunak, manakala pengacara Datuk Aznil Nawawi meramalkan Aliff atau Adibah Noor akan menjuarai peraduan kesukaan ramai itu.



Kisah susah payah Aliff kembali ke persada seni selepas diuji dengan bermacam peristiwa suram menarik perhatian warganet.



Budi bicara tersusun rapi dan ketulusannya kini membuatkan warganet sejuk hati memberikannya dorongan.



Di sebalik gurauan, banyak jerih payah dilalui Adibah Noor



Suara merdu penghibur serba boleh, Adibah, 51 tahun, di pentas gah GV8 memang amat dinanti-nanti pengikut media sosialnya.



Apa lagi, dengan jolokan 'Adele Malaysia' yang diberi juri Hetty Koes Endang buatnya, ramai yang menanti-nantikan masa Adibah melontarkan suara buluh perindunya bagi menyanyikan lagu All I Ask, nyanyian asal penghibur Britain itu.



Perkongsian jujurnya dalam segmen soal jawab rancangan ini serta di Instagram mencetus inspirasi buat pengikutnya.



Adibah menceritakan bagaimana kerana tiada tawaran kerja dan kesempitan wang sewaktu pandemik, beliau terpaksa menjual rumah dan menggadai barang kemasnya.



Beliau juga baru pulih daripada kelumpuhan bahagian wajah, atau Bell's Palsy (kelemahan otot muka disebabkan keradangan saraf wajah), yang menjejas nyanyiannya.



Sebagaimana yang dikongsi bersama akhbar Harian Metro, sebanyak 12 sesi fisioterapi muka dijalani setelah penyakit itu dikesan Disember lalu.



"Penyakit ini menjejas nyanyian saya dan membuatkan saya tergigit lidah saya dari masa ke masa," katanya.



Kata warganet Isyana:



"Lebih daripada setakat memiliki suara merdu, Kak Adibah selalu berkongsi cerita bernas di media sosial. Misalnya, bagaimana lagu terkenalnya, Terlalu Istimewa, tercipta iaitu daripada kisah mangsa pembunuhan kejam anak yang terlalu istimewa, Nurul Huda Abdul Ghani, pada 2004.



"Saya juga suka cogan katanya iaitu: 'Jika anda lihat saya sebagai gemuk dan buruk rupa, mata anda mungkin bukan yang dimiliki pemandang kecantikan saya. Cintai saya atau tinggalkan saya'."



Perjuangan dua ibu muda kembali ke persada seni



Sebilangan pendengar muzik Melayu di Nusantara ini tidak begitu ketahui tentang peserta bukan Melayu GV8, Suki Low, 30 tahun dan Nikki Palikat, 36 tahun.



Sebabnya, Suki, yang merupakan juara One In A Million, dan Nikki, peserta Malaysian Idol, memperlahankan kerjaya seni mereka yang berada di puncak untuk berumah tangga dan menjaga anak masing-masing.



Suki yang mempunyai tiga anak, serta Nikki, ibu seorang anak, memberitahu media seberang mereka tiada halangan daripada suami, yang juga karyawan muzik, agar terus berseni.



Hanya mereka sahaja yang tidak selesa membiarkan waktu terlalu terikat dengan kerjaya tanpa ada masa buat anak-anak.



Namun, dengan adanya GV8, ramai yang tidak boleh nafikan daya hibur kedua-duanya yang tiada masalah menyanyikan lagu Melayu dengan fasih persis memiliki lidah orang Melayu serta kesantunan peribadi mereka.



Nikki dan Suki bahkan antara peserta GV8 yang diramalkan bakal masuk ke peringkat akhir dek prestasi mereka sebagai peserta yang bertenaga dan kreatif di tangga ketiga dan keempat kelmarin.



"Saya yakin Nikki boleh masuk peringkat akhir kerana suaranya, sikapnya dan tenaganya di pentas. Macam Tok Ram kata, Nikki kelihatan sihat dari segi tenaga fizikal dan juga suaranya," kata warganet AlamShah.



SeriBalas pula menambah mengenai Suki:



"Saya pula peminat Suki Low sebab beliau cantik, miliki suara yang lunak didengar serta ciri-ciri keibuan dan usahawan kek dan bunga yang pentingkan mutu dalam apa jua yang dilakukan. Saya yakin Suki boleh mara ke peringkat akhir."



  • GV8 disiarkan setiap Ahad mulai 9 malam di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >