Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MENARIK DI THE BM SHOW MINGGU INI

5 perkara menarik tentang naib juara Miss Universe

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



'The BM Show' kembali bagi musim keempat esok dengan rancangan yang lebih padat, namun tetap rancak dan bertenaga seperti musim-musim sebelum ini. Musim keempat kali ini memaparkan dua segmen - Singapura dan Gah!, iaitu ringkasan bagi Gaya Hidup dan Hiburan. Segmen Singapura mengetengahkan isu-isu semasa yang menjadi perbualan ramai, namun disampaikan bukan sahaja dengan cara yang informatif, malah mudah dan santai. Segmen Gah! pula mengajak penonton menikmati wawancara khas dengan personaliti hiburan dan gaya hidup setempat, dengan wawancara dikendalikan sambil personaliti itu melakukan kegiatan kegemaran mereka. Bagi episod pertama esok, 'The BM Show' membawa penonton mengupas cabaran yang dihadapi pekerja penghantaran makanan dan perkembangan usaha yang dilakukan untuk melindungi hak mereka dengan lebih baik dalam segmen Singapura. Langkah ini penting sedang jumlah pekerja penghantaran di platform tempahan terus meningkat saban tahun. Dalam segmen Gah! pula, kami mengajak anda mendalami isi hati peserta Miss Universe Singapura 2021, Nur Kalynskye Adrian. Jangan terlepas menyaksikan The BM Show episod pertama, yang boleh dinikmati bermula 10 pagi di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura.



NUR Kalynskye Mohamed Adrian, mendapat perhatian setelah berjaya menjadi naib juara ratu cantik, Miss Universe Singapore, September lalu.



Namun, mahasiswa tahun ketiga Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang Sosiologi berusia 21 tahun itu menyertai peraduan tersebut bukan untuk mengejar populariti, tapi untuk tujuan yang lebih besar.



Ikuti 'The BM Show' esok untuk mengetahui apakah tujuan tersebut selain perkara lain berkaitan model ini termasuk 'kisah' di sebalik namanya yang unik.



Namun, sebelum itu, sebagai 'pembuka selera' berikut lima perkara menarik tenang Nur Kalynskye yang ramai tidak tahu!



1. Wajahnya mungkin mengingatkan anda kepada seorang pelakon tempatan.



Nur Kalynskye sebenarnya adalah anak saudara kepada pelakon Adlina Adil, yang popular dalam drama-drama Saluran Suria seperti 'Art & El' dan filem 'Banting'. Ketika ini Adlina membawa watak Syirah dan siri drama 'Kin' di Channel 5.



2. Tingginya: 1.78 meter.



3. Bakat terpendam - boleh menghasilkan "bunyian dari perut" untuk memberi isyarat tertentu.



4. Antara filem yang pernah ditonton berulang kali ialah Nacho Libre - seluruh anggota keluarganya akan duduk untuk menonton filem ini, biar sudah diulang tayang kerana seronok dengan aspek komedinya.



"Ia memberi kenangan yang indah dalam keluarga kami," kata Nur Kalynskye.



5. Makanan yang menyenangkan: Apa saja bentuk sup! Sup tomato, sup ayam, singgang, asam pedas`, asam rebus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >