Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
3

ANTARA YANG MENARIK DI 'THE BM SHOW' ESOK

5 perkara tentang Iman Fandi

Nov 20, 2021 | 05:30 AM

Episod ketiga, 'The BM Show', membawa anda 'melepaskan' sedikit rindu di hati - terutama bagi mereka yang sudah lama berhasrat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Dengan kelonggaran bagi perjalanan ke Arab Saudi merintis jalan bagi ibadah umrah diteruskan semula, 'The BM Show', berbual dengan bakal jemaah umrah untuk berkongsi keghairahan mereka dalam segmen Singapura. Selain itu, wartawan 'Berita Harian', Encik Harith Redzuan Mustaffa Qamal, yang telah berpeluang mengerjakan umrah semasa membuat liputan lawatan pembelajaran oleh Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) bulan lalu juga telah dijemput ke studio untuk berkongsi pengalaman beliau mengerjakan umrah di bawah protokol ketat bagi mengawal penularan Covid 19. Dalam segmen Gah pula, penolong kepada editor, Cik Hanim Mohd Saleh, membawa penonton mengenali lebih dekat lagi model, penggubah lagu dan penyanyi, Iman Fandi. Iman juga sempat berkongsi keseronokan dan cabaran beliau membesar sebagai anak kepada legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad. Episod ketiga 'The BM Show' boleh mula ditonton esok, 10 pagi, di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura.

BELIAU dibesarkan dalam keluarga yang masyhur dalam arena bola sepak tetapi Iman Fandi berjaya mencipta nama dengan cara tersendiri.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >