Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

5,000 warga M'sia terpedaya janji kemewahan di Korea Selatan

Ramai bekerja dan tinggal secara haram, ada hidup bagai pelariandan gelandangan di negara 'Winter Sonata'
Mar 25, 2018 | 12:00 AM



SEOUL: Gara-gara terpedaya dek iklan yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan, terdapat ribuan rakyat Malaysia yang terpaksa tinggal secara haram bagai pelarian dan gelandangan di negara 'K-Pop' Korea Selatan.



Satu laporan akhbar The Star baru-baru ini berkata sekitar 5,000 rakyat Malaysia bekerja dan tinggal secara haram di negara 'Winter Sonata' itu.



Menurut laporan tersebut, daripada jumlah itu, ada yang kurang bernasib baik dan terpaksa hidup bagai pelarian serta sentiasa bersembunyi daripada pantauan pihak berkuasa Korea Selatan.



Kesemua ini angkara tertarik dengan iklan pekerjaan yang menawarkan peluang memperoleh kekayaan dengan cepat dan gaji lumayan sehingga mereka sanggup membayar ribuan ringgit kepada ejen merekrut pekerja bagi membolehkan mereka memasuki Korea Selatan dengan menggunakan visa pelancong.



Menurut portal mStar Online, ramai di kalangan rakyat Malaysia itu kini berdepan pelbagai keperitan hidup selepas membayar kos antara RM2,500 ($839) dengan RM4,500 kepada ejen tersebut.



Bilangan 5,000 rakyat Malaysia yang mengambil risiko menerima tawaran bekerja di Korea Selatan sejak 2016 itu diperoleh hasil temu bual dengan beberapa ejen di Malaysia. Dianggarkan terdapat antara 20 dengan 30 ejen yang menjalankan operasi menawarkan iklan pekerjaan serupa.



Maklumat itu juga diperolehi daripada sukarelawan yang membantu rakyat Malaysia yang berdepan musibah di sini.



Menurut The Herald Korea, terdapat sekitar 251,000 pekerja asing tanpa permit di negara itu.



Keperitan hidup dan masalah yang dihadapi rakyat Malaysia itu, yang pertama kali dilaporkan mStar Online dalam satu siri laporan khas sejak Januari lalu, termasuk mengalami kecacatan kekal seperti putus tangan dan patah kaki selepas mengalami kemalangan di tempat kerja dan hidup melarat tanpa wang serta tempat tinggal selepas dipecat majikan mereka.



Antara tempat tumpuan rakyat Malaysia itu adalah di Itaewon, di tengah Korea Selatan; dan Daeso serta Muguk di daerah Eumseoung, kira-kira 80km dari Seoul.



Seorang rakyat Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Farhan berkata beliau dan dua rakannya menjadi gelandangan selama hampir dua bulan kerana dibuang kerja, malah tidak dibayar gaji selepas seminggu bekerja di sebuah syarikat rumpai laut.



"Saya dibuang kerja sebab lepas seminggu bekerja, saya demam. Kami bertiga terpaksa mengharapkan kawan-kawan untuk makan. Ada kalanya terpaksa alas perut dengan makan biskut sahaja.



"Kami akan ke Masjid Sentral Korea untuk tidur setiap Sabtu dan Ahad kerana di sana ada qiamullail, tetapi pada hari lain kami menumpang tidur di rumah kawan-kawan," kata pemuda berusia 24 tahun itu.



Seorang lagi rakyat Malaysia yang tidak mahu dinamakan mendakwa beliau dan seramai seramai 18 orang lain "disumbat" oleh majikan mereka dalam sebuah rumah di Gwangju.



Wanita yang bekerja di ladang bawang dan keledek itu juga mendakwa beliau hidup dalam keadaan bersesak hingga terpaksa tidur di depan tandas dan lantai dapur.



Menurut tinjauan mStar Online lagi, rakyat Malaysia yang menerima tawaran kerja di Korea Selatan itu juga diperlukan bekerja tanpa rehat dan tidak diizin bercakap sepanjang waktu bekerja.



Mereka juga tidak diberi taklimat, pakaian atau alat keselamatan sehingga mereka terdedah kepada risiko kemalangan.



Selain itu, beberapa lagi rakyat Malaysia mendedahkan bahawa ada majikan yang mengambil kesempatan terhadap status buruh haram mereka dengan tidak membayar gaji dan diberhentikan kerja tanpa belas ihsan.



Mereka mendakwa majikan terbabit bertindak seperti itu kerana yakin rakyat Malaysia itu tidak berani melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >