Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

7 dari setiap 10 pesalah Melayu kekal bebas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

7 dari setiap 10 pesalah Melayu kekal bebas

Oct 26, 2021 | 05:30 AM

USAHA membantu pesalah Melayu daripada mengulangi kesalahan jenayah selepas keluar penjara dan mendorong mereka untuk kekal di jalan yang lurus telah menampakkan tanda positif.

Ini setelah kadar bentan atau residivisme - yang mengukur kemasukan semula bekas banduan ke penjara dalam masa dua tahun setelah dibebaskan - tampak berkurangan.

Perangkaan menunjukkan daripada 34.7 peratus bagi kohort tahanan yang dibebaskan pada 2011, ia berkurangan kepada 28.8 peratus pada 2018 - kurang hampir 6 peratusan mata.

Ini bermakna, bagi setiap 10 pesalah Melayu yang dibebaskan, lebih daripada tujuh akan kekal bebas dari jenayah dalam masa dua tahun pertama selepas dibebaskan.

Lebih daripada itu, jumlah asatizah dan sukarelawan yang menjalankan kelas bimbingan agama kendalian Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), juga meningkat hampir lapan kali ganda - daripada sekitar 60 pada 2015 kepada 463 sekarang.

"Kesemua ini menunjukkan kemajuan yang baik," kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam wawancara meluas dengan Berita Harian baru-baru ini, menyentuh soal pemulihan dan bimbingan pesalah Melayu melibatkan golongan dewasa, juvana dan belia.

Perangkaan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) menunjukkan, secara amnya terdapat 6,934 jumlah tahanan pada 2020 berbanding 8,078 (2019) dan 8,781 (2018).

Pengurangan jumlah yang ketara ini bagaimanapun, tidak mengalihkan keprihatinannya atas kesan ke atas keluarga tahanan.

"Apabila seseorang pesalah itu dipenjarakan, keluarganya sering terkapai-kapai mengharungi kehidupan. Pesalah itu mungkin pencari nafkah tunggal dalam keluarga atau pengasuh utama kepada beberapa anggota keluarganya, seperti anak-anak mereka.

"Keluarga ini perlu belajar dengan pantas untuk mengurus (kehidupan) tanpa kehadiran individu yang ditahan, termasuk dalam aktiviti seharian seperti membayar bil, menyediakan makanan di rumah, dan pendidikan anak-anak," katanya.

Dalam pada itu, Dr Faishal yang juga pengerusi bidang tumpuan kedua (FA2) dalam membantu keluarga dan individu berisiko di bawah rangkaian pendekatan sosial M Kuasa Tiga (M³) sejak 2020 menarik perhatian, kadar residivisme dalam kalangan pesalah juvana, bawah 16 tahun, sejak 10 tahun lalu juga mencatat kemerosotan.

Meskipun perangkaannya meliputi semua kaum namun penurunan daripada 20.3 peratus bagi kohort yang dibebaskan pada 2007 kepada 14.9 peratus untuk kohort 2016 - menunjukkan secara tidak langsung residivisme dalam kalangan pesalah juvana Melayu juga merosot.

Dr Faishal tidak menyembunyikan kebimbangan atas pengaruh dadah, memandangkan hampir separuh daripada keseluruhan pesalah dadah yang diberkas pada 2020 merupakan orang Melayu.

Ini di samping penyertaan mereka dalam geng jalanan atau kongsi gelap dan beliau mendedahkan, polis dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengadakan 137 ceramah antigeng antara 2016 dengan 2020.

"Sokongan masyarakat itu penting dalam usaha kita mencegah kesalahan jenayah dan mengulanginya. Kami bekerja dengan pelbagai rakan masyarakat untuk menyebarkan pesanan antidadah, terutamanya kepada remaja.

"Pada masa yang sama, kami bekerja dengan rakan masyarakat untuk menyediakan program pemulihan untuk pesalah di penjara, dan program jagaan lanjut untuk penyepaduan semula bagi mereka yang telah dibebaskan," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3