Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

90% tahanan radikal telah jalani bimbingan RRG, dibebas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

90% tahanan radikal telah jalani bimbingan RRG, dibebas

Jan 05, 2021 | 05:30 AM

LEBIH 90 peratus tahanan yang merupakan bekas anggota Jemaah Islamiyah (JI), termasuk 30 individu yang secara sendirinya terjebak dalam terorisme dan mereka yang terpengaruh dengan ISIS, telah dibimbing Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan dibebaskan dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka yang dibebaskan ini berusia semuda 18 hingga lebih 60 tahun ketika diberkas - kebanyakan berkelulusan menengah dan diploma.

Sedang sebahagian telah dibebaskan sepenuhnya, ada diantara bekas anggota JI - seperti Husaini Ismail, 62 tahun - dibebaskan di bawah Perintah Sekatan (RO) yang diumumkan 9 Disember lalu.

Dalam wawancara bersama Berita Harian, Naib Pengerusi RRG, Penolong Profesor Dr Mohamed Ali, berkata bimbingan RRG membantu dalam pembebasan mereka.

"Lebih kurang 70 bekas anggota JI dan beberapa lagi individu yang menjadi radikal sendirinya telah dibimbing RRG selama ini. Ini membantu dalam proses pembebasan mereka.

"Dengan adanya bimbingan dari RRG, lebih 90 peratus tahanan JI telah dibebaskan dan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan baik," dedahnya.

Antara Disember 2001 dengan Ogos 2002, seramai 36 orang diberkas kerana terlibat dalam kegiatan pengganasan - 32 daripadanya anggota JI.

Antara mereka ada menjalani latihan singkat di Afghanistan di kem-kem pengganas Al-Qaeda.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) menemui maklumat mengenai pembuatan bom, petikan gambar dan video tempat sasaran seperti Stesen MRT Yishun, pangkalan tentera laut Changi dan saluran air.

Dari masa ke semasa, ISD berjaya memberkas anggota JI lainnya.

Sejurus kes JI berlaku, sekumpulan asatizah tampil menawarkan kesediaan membantu dalam pemulihan para tahanan JI di sini - sebelum RRG dirasmikan pada April 2003.

Rangkaian JI diasaskan oleh warga Indonesia, Abu Bakar Ba'asyir dan Abdullah Sungkar, pada 1 Januari 1993, dan disokong Riduan Isomuddin @ Hambali @ Nurjaman.

Abu Bakar, 83 tahun, ketika itu adalah Ketua Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) dan dilantik sebagai ketua JI pada 2004 setelah Abdullah meninggal dunia pada usia 62 tahun pada 1999.

Pada 2011, Abu Bakar dipenjara 15 tahun kerana terorisme dan dibebaskan pemerintah Indonesia pada 2019 atas sebab "kemanusiaan".

Media Indonesia melaporkan, Abu Bakar kini dirawat di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) di Jakarta, atas pelbagai komplikasi.

Hambali, 57 tahun, bersama pemimpin kanan JI Malaysia, Mohd Farik Amin, 46 tahun, ditahan selama 14 tahun 4 bulan di Pusat Tahanan Guantanamo Bay atau 'Gitmo' - sebuah penjara tentera dibangunkan Amerika Syarikat bagi memerangi pengganasan global.

Pemimpin JI di sini, Ibrahim Maidin, 70 tahun, dan Mas Selamat Kastari, 60 tahun, masih ditahan.

Laporan lanjut:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3