Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID AR-RAUDHAH

Acara 'Walk & Bond' jalin hubungan lebih rapat dan mesra antara kaum, agama

Nov 25, 2022 | 05:49 AM



ISLAM menggalak keharmonian masyarakat dan keamanan sesama manusia agar kita dapat menjalani kehidupan di dunia dengan aman dan damai.



Bagi menjalin hubungan lebih mesra dengan masyarakat majmuk yang berlainan bangsa dan budaya, Masjid Ar-Raudhah menganjurkan inisiatif baru iaitu acara Walk & Bond (Jalan dan Jalin Hubungan) pada Januari lalu.



Acara pada setiap suku tahun itu bertujuan menggalak jemaah masjid berkenalan lebih rapat dengan anggota masyarakat lain yang tinggal di kawasan kejiranan masjid dan Anggota Parlimen (AP) yang memimpin kawasan masing-masing menerusi kegiatan berjalan beramai-ramai.



Sejauh ini, tiga acara 'Walk & Bond' telah diadakan dengan pihak masjid turut mengundang anggota dan pemimpin akar umbi dan anggota kelab masyarakat.



Acara tersebut merangkumi rombongan masjid yang terdiri daripada pentadbir, kakitangan dan sukarelawan masjid untuk jalan beramai-ramai bersama anggota masyarakat dari Masjid Ar-Raudhah ke tempat-tempat seperti Kelab Masyarakat Bukit Batok, Kelab Masyarakat Hong Kah dan Kelab Masyarakat Hillview.



Semasa di kelab masyarakat masing-masing, rombongan masjid bersama anggota masyarakat lain mempunyai sesi perkenalan.



Kunjungan rombongan masjid disambut mesra oleh AP Bukit Batok SMC, Encik Murali Pillai, di Kelab Masyarakat Bukit Batok; AP GRC Hong Kah, Cik Amy Khor, di Kelab Masyarakat Hong Kah; dan AP divisyen Bukit Gombak di GRC Choa Chu Kang, Cik Low Yen Ling, di Kelab Masyarakat Hillview.



Cik Low juga telah membawa rombongan masjid ke beberapa kelab masyarakat.



Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, berkata:



"Inisiatif 'Walk & Bond' ini adalah antara acara kemasyarakatan berbilang kaum pertama yang diadakan Masjid Ar-Raudhah tatkala langkah-langkah keselamatan pandemik Covid-19 kian relaks.



"Kami mengadakan acara ini kerana kami ingin mengekalkan hubungan mesra bersama anggota masyarakat yang tinggal di kawasan sekeliling masjid kami serta membolehkan penduduk mengenal mesra dengan AP kita yang menjaga kebajikan penduduk.



"Selain itu, pihak masjid juga mahu mengeratkan hubungan bersama rakan kongsi rangkaian yang bekerjasama dan bergabung bersama kami di pelbagai acara kemasyarakatan,'' kata Ustaz Mohamed Ali.



Menjalin hubungan erat bersama masyarakat berbilang kaum sudah lama menjadi amalan Masjid Ar-Raudhah.



Sebelum ini misalnya, Masjid Ar-Raudhah meraikan Hari Keharmonian Kaum setiap tahun dengan mengundang pemimpin-pemimpin antara agama, pemimpin akar umbi dan AP beramah mesra.



Tetamu undangan majlis tahun ini adalah AP Jurong, Cik Rahayu Mahzam.



Selain itu, AP Cik Low juga akan mengundang pihak Masjid Ar-Raudhah menghadiri acara menyalakan lampu lap lip di kawasan Bukit Gombak pada setiap tahun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Hubungan mesra pihak masjid ini dengan tempat-tempat ibadat lain dapat dilihat dengan Kuil Zu-Lin di Bukit Batok West Avenue 5 menderma $5,000 kepada Masjid Ar-Raudhah sebagai dana bagi kerja-kerja peningkatan masjid itu.



Masjid Ar-Raudhah juga menerima sokongan kuat daripada anggota akar umbi melalui usaha AP Encik Murali Pillai, dan Pengurus Kanan Kelab Masyarakat Bukit Batok, Encik Lim Siong, yang telah mendapatkan derma melebihi $45,000 untuk dana peningkatan masjid.



Kata Ustaz Mohamed Ali: "Encik Lim telah berusaha secara peribadi untuk mengumpulkan dana tersebut kerana sudah lama menjalin hubungan mesra dengan Masjid Ar-Raudhah.



"Beliau juga rasa terpanggil untuk sama-sama membantu pihak masjid dengan menggalakkan rakan-rakan kenalannya dan pengusaha bukan Islam untuk menyumbang kepada dana peningkatan semula Masjid Ar-Raudhah."



Masjid ini bakal menjalani kerja-kerja ubah elok dan peningkatan besar sebagai sebahagian Program Peningkatan Masjid.



Pihak masjid juga merancang membina sebuah bilik pengurusan jenazah agar ia dapat memberi khidmat yang lebih menyeluruh, membina ruang meletak motosikal dan basikal; membina tandas dan tempat wuduk di aras dua serta memperbaiki dan meratakan lantai agar mudah dilalui pengguna yang berkerusi roda.




CARA MENYUMBANG



- PayNow: UEN S93MQ0024E

Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp kepada talian 9461-4306.



- Pemindahan bank: Akaun Semasa OCBC 501-806368-001



- Hantar cek kepada:

'Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah'

Alamat: Masjid Ar-Raudhah, 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >