Ada apa pada Tuah
Tanpa bilah Taming Sarinya
Junjung titah hilang hemah
Takut derhaka korban sahabatnya
Ada apa pada tarian
Kalau tiada intinya
Ibarat berlari-larian
Tanpa hala tujunya
Ada apa pada lahad
Liang suci bagi penganutnya
Pacai ditabur mewangi jasad
Roh merintih menanti hisabnya
Sejarah dan seni
menghidupkan mati
membait zahir
keliling inti
Hilang nyawa
bersilih ganti
membina akal
ingatlah hati.
SITI AISYAH KARIM