Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ada cerita di sebalik lagu gembira

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



DI dalam penduduk dunia berdepan dengan krisis kesihatan seperti pandemik Covid-19 yang mengganggu ketenteraman, lagu-lagu positif yang menggalak usaha membangkitkan keceriaan menjadi santapan halwa telinga.



Laman Songfacts menyenaraikan beberapa lagu yang boleh memberi pendengar perspektif baru dalam memikirkan masa depan dunia.



Namun, apakah kisah di sebalik ciptaan lagu-lagu positif ini?



'What A Wonderful World' awalnya tidak digemari



Lagu What A Wonderful World dendangan Louis Armstrong ini dicipta Bob Thiele dan George Weiss.



Thiele adalah penerbit di syarikat ABC Records, manakala Weiss adalah seorang penggubah lagu dan penulis lirik yang memberi sentuhan segar pada lagu The Lion Sleeps Tonight.



Yang menariknya, lagu ini adalah tentang menghargai keindahan alam sekitar.



Apabila ia diterbitkan pada 1968, ia tidak begitu dikenali dan hanya berada di tangga ke-116 Carta Muzik Billboard.



Bos ABC Records juga tidak menyukai lagu ini, lantas tidak mempromosikannya di Amerika sehinggalah ia meletup di England.



Lagu ini hanya menerima pengiktirafan sewajarnya 20 tahun kemudian apabila Robin Williams memuatkannya dalam filem Good Morning, Vietnam. Ia kemudian menaiki tangga carta pada kedudukan ke-32 pula.



Menurut Songfacts, Armstrong, yang dikenali sebagai pemuzik jaz, hanya menerima bayaran AS$250 ($337.89) bagi lagu ini kerana ingin memastikan anggota orkestra yang mengiringinya turut dibayar.



'Don't Worry Be Happy' dihasilkan dengan iringan paluan badan sang penyanyi



Bobby McFerrin merakam lagu ini sehingga ia muncul di tangga teratas Carta US Hot 11 buat tempoh masa yang lama.



McFerrin menghasilkan lagu ini dengan menggunakan iringan muzik yang dijana daripada langkahnya memalu tubuhnya.



Dalam satu wawancara bersama majalah USA Weekend, McFerrin menjelaskan beliau terlihat poster guru motivasi India, Meher Baba, dengan frasa "Don't Worry Be Happy". Ia langsung mencetus idea bagi menghasilkan lagu ini.



Mantan Presiden George Bush menggunakan lagu ini bagi kempen pilihan raya Presiden Amerika pada 1988, tetapi kemudian tidak meneruskannya apabila McFerrin melarangnya berbuat demikian.



Filem Cocktail yang dibintangi Tom Cruise lebih menaikkan nama lagu ini.



Sejak itu, ia turut dimuatkan dalam tiga filem Hollywood, Hotel Transylvania 3: Summer Vacation, Battle in Seattle dan Casper - A Spirited Beginning.



Percubaan berulang kali cipta lagu gembira sebelum idea 'Happy' muncul



Penyanyi utama kumpulan N.E.R.D, Pharrell Williams, menghasilkan lagu 'hit' Happy setelah bereksperimen dengan beberapa lagu lain yang diciptanya sendiri.



Kebanyakan lagu 'hit' masa kini dihasilkan sekumpulan penggubah lagu dan penulis lirik. Namun, Williams ingin melakukan segalanya sendiri.



Beliau mencipta lagu ini bagi runut bunyi filem animasi komputer 3D, Despicable Me 2.



Lagu Happy muncul tepat pada masanya apabila watak utama filem ini, Gru, yang bukan lagi penjahat, jatuh hati dan rasa terlalu gembira sehinggakan dia menari di jalanan.



"Lagu ini memberi kebahagiaan kepada sesiapa. Ia miliki melodi 'berjangkit'. Nak tak nak, anda terpaksa tersenyum mendengar lagu ini," jelas Williams.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >