Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Adam Qifli hijrah dari dikir barat ke irama pop Latin

Sep 05, 2021 | 05:30 AM



SEJAK usia 15 tahun, penyanyi Singapura, Adam Qifli, sudah menceburkan dirinya dalam seni dikir barat.



Hingga ke hari ini, beliau masih aktif dengan kegiatan kebudayaan tersebut yang sudah mendarah daging dalam dirinya.



Bahkan, kalau ditanya keistimewaan dikir barat, Adam, 36 tahun, menyifatkan seni itu sebagai titik tolak beliau mengenali cara menggunakan teknik lontaran suara berbeza.



Ini termasuk dari perut, 'head voice' (getaran suara yang kedengaran di kepala apabila menyanyi pada nada tinggi) mahupun 'falsetto' (nyanyian nota lebih tinggi daripada biasa).



Dipengaruhi usaha gigih teman-teman dikir baratnya merakam lagu mereka, Adam menghasilkan 'single' pertamanya, Cinta Terakhir, lewat tahun lalu.



Beberapa bulan kemudian, beliau muncul dengan lagu kedua yang berirama pop latin pula, Jodohku.



Ia merupakan hasil ciptaan bersama Adam dan Ashidy Ridwan.



Ikuti temu bual bersama Adam.



Soalan (S): Apakah kisah di sebalik 'Jodohku'?



ADAM: Ia kisah seorang jejaka yang ingin meluahkan perasaannya terhadap seorang gadis yang telah menawan hatinya.



Lagu ini juga menceritakan tentang keindahan gadis itu dari kaca mata sang teruna yang ingin menjadikannya sebagai jodoh yang tepat.



S: Apakah takrifan jodoh buat Adam?



ADAM: Jodoh itu milik Allah swt. Walau apa pun, kita sebagai manusia harus berusaha mencari jodoh masing-masing sebab ia tidak akan datang tanpa usaha. Kadangkala, jodoh itu datang lambat, tetapi kadang pula ia hadir cepat.



S: Apakah antara cabaran bergelar anak seni?



ADAM: Idea dan masa. Tidak senang bagi kita sebagai anak seni mencari idea baru bagi menghasilkan sebuah lagu yang boleh memikat hati dan mendapat penerimaan baik daripada pendengar.



Saya banyak berkongsi idea dengan komposer Ashidy daripada Nu Kingdvm dan dari situ, kami perkembangan lagi idea yang ada dalam menghasilkan lagu berkenaan.



Masa juga adalah satu cabaran utama yang dilalui sebagai anak seni kerana saya harus mengimbangi masa antara kerjaya sepenuh masa, tanggungjawab sebagai seorang suami dengan bapa tiga cahaya mata serta penglibatan dalam seni dikir barat bersama kumpulan Keponakan22.



Dalam ketidaktentuan suasana pandemik Covid-19 kini, banyak perancangan waktu yang harus difikirkan.



Adakala sesi rakaman harus ditunda kerana terdapat sekatan pergerakan sewaktu pandemik ini melanda. Kita perlu akur pada peraturan pemerintah.



S: Apa yang cuba diusahakan bagi memajukan kerjaya seni?



Adam: Saya perlu pastikan saya miliki dedikasi dan komitmen. Tanpa kedua-duanya, payah majukan kerjaya seni saya.



Sikap merendah hati juga harus diamalkan dengan keinginan berinteraksi dengan orang sekeliling sering menjadi sandaran.



Maklumlah, komunikasi hari ini lebih menerusi aplikasi media sosial. Jadikannya ruang menebar rangkaian kenalan.



S: Namakan tiga lagu yang memberi kesan buat Adam.



Adam: Jangan Bersedih Lagi nyanyian Anuar Zain; Cinta Tragika oleh Dinodi serta Kisah Cinta Kita oleh Hafiz Suip.



Saya memilih ketiga-tiga lagu ini kerana irama lagu dan seni katanya kena dengan jiwa saya. Semua lagu ini juga adalah peneman saya di kala suka dan duka.



S: Apakah lagi nikmat melibatkan diri dalam dikir barat?



Adam: Menerusi seni dikir barat, Adam berkenalan dan menjadi sahabat akrab dengan beberapa anak seni setempat, Dinodi dan Edyll.



Tanpa dorongan mereka, saya pastinya tidak akan kenali dunia muzik profesional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >