Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Pikat anak muda dengan irama tradisional

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



BERPEGANG teguh pada irama tradisional, Encik Md Amin Abd Rahman mencuba satu keunikan menggubah muzik irama balada kepada tradisional.



Biarpun bergelar pemuzik sambilan, beliau sempat membentuk kolaborasi bersama rakan-rakan penyanyi dan pemuzik lain dalam projek Aspirasi Inspirasi di YouTube.



Ketika dihubungi, Encik Md Amin memberitahu: "Projek ini diilhamkan oleh ahli-ahli bekas kumpulan saya daripada kumpulan Nobat Kota Singa yang ingin memperkenalkan muzik Melayu tradisional kepada masyarakat umum, khususnya generasi muda.



"Sebelum ini, Nobat Kota Singa pernah menghasilkan 'cover' lagu Jampi oleh Hael Husaini dalam irama keroncong.



"Setelah beliau keluar kumpulan tersebut, saya meminta izin ketua kumpulan untuk meneruskan projek cover seperti ini.



"Objektif projek ini adalah untuk menyerlahkan keindahan irama muzik Melayu tradisional. Kebanyakan anak muda hari ini mungkin terdedah dengan lagu balada yang sememangnya sedap didengar.



"Tetapi kita ingin menunjukkan kepada generasi muda bahawa lagu tradisional turut mempunyai keistimewaan yang juga asyik untuk dinikmati.



"Mungkin pada pandangan anak-anak muda, lagu tradisional adalah lagu-lagu lama yang dimainkan semasa zaman generasi ibu bapa kita. Jadi, kita ingin luaskan skop muzik tradisional kepada generasi muda dengan mengeluarkan cover daripada lagu yang popular, sekali gus menarik minat mereka," kata Encik Md Amin.



Walaupun irama tradisional belum melekat sepenuhnya di hati anak muda, kerancakan usaha Encik Md Amin sebagai penggubah susunan muzik 'cover' itu turut menerima banyak komen positif.



Katanya lagi, perbezaan cita rasa dalam muzik pasti ada dalam kalangan masyarakat.



Oleh itu, mereka perlu mencari cara terbaik untuk menyesuaikan muzik dengan keadaan agar ia mampu diterima ramai.



Sebagai contoh, beliau ada membuat banyak 'cover' untuk projek tradisional ini, termasuklah penggubahan lagu Luluh.



Lebih bermakna, 'cover' lagu ini membuka mata ramai tentang keistimewaan muzik tradisional Melayu, terutama orang-orang Malaysia kerana banyak komen di YouTube mengatakan mereka suka cover tersebut.



"Kebanyakan penonton mengagumi gubahan ini kerana mereka tidak percaya lagu balada yang berentak perlahan boleh digubah menjadi irama tradisional Melayu asli. Saya terharu dengan sambutan tersebut kerana saya tidak menjangkakan apa-apa.



"Sebaliknya, ia adalah satu perkongsian santai sahaja. Namun, sambutan itu memberi impak yang bagus untuk para penonton," kata Encik Md Amin.



Belia berpendapat usaha memperkembang muzik tradisional sangat diperlukan bagi menggalak minat anak muda terhadap seni muzik tradisi.



Secara khususnya, beliau amat berharap dapat melihat suasana muzik Melayu tradisional di Singapura semeriah negara jiran, terutama Malaysia.



"Seperti yang diketahui, suasana muzik di Singapura tidak semeriah suasana di Malaysia kerana industri muzik di sana sangat besar.



"Mereka mengagungkan muzik, terutamanya muzik tradisional Melayu itu sendiri.



"Walaupun komuniti pemuzik Melayu tradisional di Singapura sangat kecil, tidaklah mustahil untuk membesar seperti di negara jiran," tambah Encik Md Amin.



Beliau juga percaya generasi muda akan menerima irama tradisional secara perlahan-lahan dari masa ke masa.



"Irama ini adalah suatu warisan Melayu yang harus dipelihara.



"Oleh itu, generasi muda perlu tahu mengenai asal usul lagu-lagu Melayu. Jika kita sendiri tidak berusaha menyambung pegangan warisan kita, siapa lagi yang akan lakukan? Saya bimbang warisan ini akan terhakis atau hilang tanpa penjagaan yang sepatutnya.



"Saya tertarik dengan kata-kata lagenda muzik terkenal, arwah P.Ramlee yang pernah berkata jika kita tak kenalkan kepada generasi muda, mungkin lama-lama muzik tradisional ini akan pupus.



"Kata-katanya itu menjadi inspirasi buat saya. Maka, ia menjadi satu tanggungjawab untuk tidak membiarkan irama muzik tradisional hilang begitu sahaja," jelasnya.




AHLI YANG TERLIBAT DENGAN PROJEK COVER LULUH:



  • Encik Dhwan Abu (vokal lelaki), Cik Diana Nazyra (vokal perempuan), Encik Izzat Adnan (violin), Encik Hardi Aris (akordian), Encik Rudy Jamil (seruling), Encik Juraimi Johari (gitar), Encik Fauzi Basir (bass), Encik Ridwan Ramli (rebana), Cik Khoiriyyatun Sabila (rebana), Encik Azim Azman (shaker & tamborin) dan Encik Md Amin Abd Rahman (penggubah susunan muzik).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >