Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Ajak masyarakat jayakan projek peningkatan demi keselesaan jemaah

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



SELARAS dengan jangkaan masa bagi kerja naik taraf, Masjid Ar-Raudhah akan melaksanakan strategi untuk mengumpulkan dana bagi Projek Peningkatan Masjid (MUP).



Projek tersebut bertujuan meningkatkan prasarana dan memberi kemudahan serta keselesaan kepada jemaah Masjid Ar-Raudhah.



Program peningkatan tersebut melibatkan ahli jawatankuasa MUP bersama konsultan daripada Warees yang dipilih oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta ahli Lembaga Pentadbir Masjid (MMB), pegawai masjid, sukarelawan Muslimah (UMMAR) dan Qaryah.



Naib Pengerusi 1 Masjid Ar-Raudhah, Encik Malik Majid, menjelaskan:



"Pihak kami merayu kepada masyarakat Islam menjayakan projek peningkatan yang sangat bermanfaat kepada jemaah.



"Antara kerja peningkatan yang akan dilakukan adalah meningkatkan ruang solat dan mewujudkan tandas pada setiap tingkat bagi memudahkan jemaah.''



Pihak masjid juga akan membaiki tempat laluan masjid agar masjid lebih mesra warga emas, terutamanya bagi jemaah yang berkerusi roda.



Masjid juga akan menambah ruang untuk disewa bagi kegunaan seminar, walimah dan kegiatan lain yang dibenarkan.



Encik Malik berkata:



"Kami mempelawa masyarakat Islam agar bersama-sama menyumbang kepada Masjid Ar-Raudhah. Bantulah kami untuk membantu anda. Contohnya, kami akan membantu anda, jika anda menyumbang menerusi Skim Pintar.



"Melalui derma yang anda hulurkan pada setiap bulan, masjid akan memberi balik dengan menyediakan pengurusan jenazah untuk anggota keluarga.''



Menurut Encik Malik lagi, baru-baru ini juga, masjid berjaya mendapat tajaan daripada syarikat kurma Tamar Madinah bagi membantu kami mengadakan projek menaik taraf prasarana masjid.



Projek ini dinamakan Derma Sekeluarga $250, dengan penderma akan mendapat satu kotak kurma ajwa seberat 5 kilogram (saiz C) sebagai hadiah untuk sekeluarga dan satu kotak sama saiz untuk Masjid Ar-Raudhah.



Masjid Ar-Raudhah juga bercadang mengubahsuai muka bangunan masjid bagi memberikan identiti yang lebih menarik.



Peningkatan ini juga membabitkan kelas madrasah dan dewan Yam.



Dengan projek naik taraf yang dilakukan, ia akan mengubah suasana masjid, khususnya di ruangan solat masjid yang pasti membawa keceriaan baru.



"Pada masa yang sama, kami menjemput anda hadir ke masjid dan berbincang untuk membuat wakaf yang diperlukan, insya-Allah," ujar Encik Malik.



Usaha pengumpulan dana ini menyasarkan kumpulan jemaah masjid, khususnya penduduk yang berada di kawasan Bukit Batok.



Setakat ini, usaha pengumpulan dana berjalan lancar, dengan masjid telah menghantar surat rayuan derma kepada jemaah bagi menambah dana yang diperlukan.



Muslimah masjid turut menggembleng tenaga dengan menjalankan projek Tabung Keluarga, manakala tadika dan madrasah telah mengedarkan sampul derma untuk diberikan pelajar.



"Pihak kami turut mewujudkan Ikon Masjid Ar-Raudhah yang terdiri daripada Cikgu Haji Fadzuli (guru Al-Quran), Haji Shuhaimi Maridin (mantan pengerusi Ar-Raudhah), Haji Mustafa, Haji Johar (ahli Qaryah), Hajah Kasmirah (mantan Ketua Muslimah) dan Haji Kadir (pegawai masjid) yang telah bekerja selama lebih 20 tahun.



"Mereka adalah orang kuat yang membantu menjadi projek peningkatan masjid satu kenyataan.



"Matlamat utama projek ini bertujuan meningkatkan dana.



"Dengan bantuan yang disampaikan, ia dapat meningkatkan keselesaan jemaah dan memberi peluang kepada masyarakat berinfak. Projek ini juga dapat menampung lebihan jemaah, memandangkan daerah Bukit Batok ada estet-estet perumahan baru (BTO) dan bilangan penduduk Islam akan bertambah.



"Justeru, kami sangat menanti-nantikan sokongan jemaah, usahawan Islam daripada kalangan profesional dan seluruh masyarakat bagi menyumbang dalam membangunkan masjid tercinta," seru Encik Malik.



Sementara itu, Encik Fadzuli Bajuri, ahli jawatankuasa Masjid Ar-Raudhah selama lebih 20 tahun turut menyeru:



"Sesuai dengan namanya, Ar-Raudhah, bermaksud taman syurga yang luasnya seluruh langit dan bumi dan disediakan untuk orang yang bertakwa.



"Maka, marilah kita rebut peluang memakmurkannya dengan menderma sebanyak yang kita mampu. Allah tidak melihat banyak atau sedikit derma kita, tetapi Allah memandang orang yang membelanjakan harta benda di jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dengan setiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji.



"Bahkan, Allah akan melipatgandakan pahala kepada sesiapa yang Dia mahu dan Allah maha luas pengetahuan-Nya."




"Kami mempelawa masyarakat Islam agar bersama-sama menyumbang kepada Masjid Ar-Raudhah. Bantulah kami untuk membantu anda."

"Dengan bantuan yang disampaikan, ia dapat meningkatkan keselesaan jemaah dan memberi peluang kepada masyarakat berinfak. Projek ini juga dapat menampung lebihan jemaah, memandangkan daerah Bukit Batok ada estet-estet perumahan baru (BTO) dan bilangan penduduk Islam akan bertambah."

- Encik Malik Majid, Naib Pengerusi 1 Masjid Ar-Raudhah.




CARA HULUR DERMA



PayNow ke: UEN S93MQ0024E.



Pemindahan wang kepada akaun: OCBC Current Account 501-806368-001.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >