Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

DUNIA KOLLYWOOD/BOLLYWOOD

Akan Datang: Kemunculan semula 2 Raja Aksi

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



RAJA 'Filem Aksi Tamil', Rajinikanth, yang bakal mencecah usia 71 tahun bulan depan, kembali dalam filem aksi Annaatthe.



Raja 'Filem Aksi Bollywood', Akshay Kumar, 54 tahun, juga muncul semula sebagai pegawai polis yang pantang dicabar dalam filem saspens Sooryavanshi.



Itulah hadiah mereka buat peminat sempena sambutan Deepavali esok dengan kedua-dua filem ini dapat disaksikan di pawagam Singapura - Annaatthe esok dan Sooryavanshi pula lusa.



Annaathe yang bermaksud 'Big Brother' adalah kisah 'hero kampung' yang perlu menyelesaikan segala masalah yang membelenggu orang kampung dan adik perempuannya.



Rajinikanth adalah Kaaliyan, ketua kampung di wilayah Madurai yang dipanggil 'Annaatthe' dan sangat dihormati.



Anak-anak saudara-maranya berebut untuk mengahwininya. Namun, dia jatuh hati dengan seorang wanita pendatang yang baru tiba di kampungnya.



Adik perempuan Kaaliyan berkahwin dan berpindah ke Kolkata di mana dia menerima ancaman bahaya daripada orang yang tidak dikenali.



Maka, seperti yang dijangka, Kaaliyan datang dari jauh untuk menyelamatkan keadaan.



Laman Deccan Herald menyenaraikan beberapa sebab mengapa Annaatthe wajar ditonton pencinta filem Kollywood.



Ini adalah filem arahan Siva, sutradara Kollywood yang sering muncul dengan idea kreatif. Ini kali pertama Siva dan Rajinikanth bekerjasama.



Rajinikanth kekal sebagai wira filem Tamil yang membawa bersamanya jenama besar walaupun wujud pelakon muda yang lebih tampan.



Tidak hairanlah apabila filem cereka sains thriller-nya 2.0 mendapat sambutan luar biasa dahulu bukan sahaja di Tamil Nadu tetapi dalam pasaran Hindi.



Ada banyak dialog sindiran yang disisipkan dalam filem ini dengan Rajinikanth menghidupkan watak ketua kampung yang pernah dijayakannya dalam filem terdahulu, Muthu dan Padayappa.



Antara perkara yang membuatkan orang ramai senang dengan Rajinikanth adalah pembawaan watak penuh emosinya dan penerapan babak aksi tanpa henti.



Apabila Rajinikanth mengalirkan air mata sambil menumbuk atau menyepak terajang lawan, itulah detik menyentuh hati buat penonton, jelas laman Deccan Herald lagi.



Selain itu, filem ini juga menggandingkan Rajinikanth dengan tiga wirawati serasinya, Meena, Khushbu dan Nayanthara.



Debaran juga dijangka memuncak jika anda menonton Akshay selaku Veer Sooryavanshi, Ketua Skuad Anti-Pengganasan Mumbai. Antara misinya adalah menghentikan langkah kumpulan pengganas menyerang Mumbai.



Terdapat beberapa sebab anda harus menonton Sooryavanshi, sebagaimana disenaraikan Deccan Herald.



Ini adalah kali pertama Akshay bekerjasama dengan pengarah Rohit Shetty yang dikenali sebagai sutradara filem aksi gah yang disertakan dengan unsur komersial.



Gandingan serasi Akshay, Katrina Kaif kembali 'menjalin cinta' dengannya dalam filem ini sebagaimana dalam filem Namaste London dan Singh Is King.



Naskhah asli ini berbeza daripada filem polis lain yang pernah dihasilkan Rohit kerana ia tidak dipadankan daripada mana-mana filem Tamil. Kebiasaannya, Rohit mengarah filem polis yang dipadankan daripada filem Tamil pecah panggung.



Sooryavanshi juga dikatakan mempunyai daya tarikan untuk menarik penonton kembali ke pawagam setelah lama pawagam terbiar kosong dan terjejas dek pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >