Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Penduduk Jurong lancar kad panduan kecemasan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penduduk Jurong lancar kad panduan kecemasan

May 29, 2016 | 02:48 PM

SATU set panduan kecemasan mengandungi maklumat penting seperti nombor telefon polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dilancarkan semalam.

Set panduan itu bersaiz kecil dan boleh disimpan di dalam kocek seluar agar mudah dirujuk apabila menghadapi keadaan kecemasan.

Antara lain, kad itu mengandungi senarai nombor telefon kecemasan yang penduduk perlu tahu, seperti nombor telefon bagi bantuan kecemasan dan bukan kecemasan.

Kad itu juga mengajar tentang cara menggunakan alat pemadam api dan cara melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Ia turut mengandungi panduan bertindak jika berlaku serangan ganas iaitu lari, sembunyi, beritahu.

Panduan tersebut merupakan inisiatif anggota akar umbi GRC Jurong dan dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Encik Desmond Lee, yang juga AP GRC Jurong di acara Hari Persediaan Kecemasan (EP) yang diperbaharui.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3