Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL SG-M’SIA

Akhirnya dapat lepaskan rindu dengan orang tersayang...

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



ADA yang merindui cucu di Singapura, ada merindui bapa dan keluarga di Malaysia.



Skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) yang bermula kelmarin menjadi wadah buat mereka melepaskan rasa rindu masing-masing sejak sekian lama.



Bagi rakyat Singapura, Encik Sundi Nasir, 61 tahun, yang menyimpan hasrat sejak hampir dua tahun lepas untuk menemui keluarga yang berada di Johor Bahru akhirnya tercapai apabila menjejak kaki di bumi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.



Beliau, yang nampak agak tergesa-gesa untuk menyambung perjalanan ke Johor Bahru, memberitahu Berita Harian bahawa beliau bersyukur urusan perjalanannya dari Singapura ke Malaysia selamat tanpa sebarang kesulitan.



"Saya tiba di sini guna skim VTL, alhamdulillah semuanya berjalan lancar, cuma perlu menjalani ujian calitan dan menunggu satu hingga tiga jam keputusan ujian PCR (ujian tindak balas rantaian polimerase) sebelum dibenarkan keluar dari terminal," tambahnya yang tiba di KLIA sekitar 8.25 pagi menaiki pesawat Jetstar 3K683 dari Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.



Rakannya yang mahu dikenali sebagai Encik Hafiz, 38 tahun, pula mahu meneruskan perjalanan ke Perlis menemui keluarga yang terpisah sejak hampir dua tahun, mengambil peluang pulang menemui keluarga menggunakan skim yang sama.



Encik Hafiz, yang juga rakyat Singapura, merindui keluarga yang lama tidak ditemui yang memang menantikan ketibaannya sejak pengumuman kebenaran merentas sempadan menggunakan skim VTL Udara.



Bagi penumpang Encik Ahmad Samion Ismail yang sebelum ini pernah menceritakan kegembiraan balik ke Malaysia, berkongsi pengalaman mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebaik tiba di KLIA.



Menurutnya, setibanya di lapangan terbang itu, penumpang dipisahkan kepada dua kategori iaitu kumpulan PCR 1 (bayaran RM250 atau $81.00) yang tempoh menunggu tiga jam dan kumpulan PCR2 (bayaran RM350) tempoh menunggu sejam.



Kumpulan itu kemudian dipakaikan gelang biru sebagai tanda untuk menjalani ujian PCR yang diwajibkan ke atas semua penumpang.



"Selepas dipisahkan, seorang penyelaras memanggil penumpang secara bergilir untuk imbas kod QR dan diberikan maklumat untuk melakukan ujian calitan dalam sebuah bilik. Kemudian penumpang ditempatkan masing-masing sambil dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan muzik bagi mengurangkan kebosanan.



"Saya mendapat keputusan pada 11.07 pagi melalui notifikasi WhatsApp dan mengesahkan ujian sudah siap dengan keputusan. Dengan laporan perubatan ini saya perlu menunjukkan staf bertugas dan seterusnya imbas aplikasi MySejahtera sebelum dibenarkan masuk ke laluan imigresen," katanya.



Kelmarin Singapura dan Malaysia melancarkan VTL Udara dan Darat bagi membolehkan penduduk kededua negara merentasi sempadan udara dan darat yang ditutup sejak 18 Mac 2020 akibat pandemik Covid-19.



Sejak kelmarin dan semalam, ribuan sudah tiba di rumah masing-masing baik di Singapura mahupun di Malaysia.



Mereka yang merentas atas urusan perniagaan juga akhirnya dapat berurusan secara fizikal kerana sebelum ini terpaksa menggunakan kemudahan Internet.



Bagi seorang nenek yang tidak dapat tidur malam mengenang tiga cucu di Singapura berkali-kali memberitahui mereka beliau akan berada di rumah mereka pada 29 November, iaitu hari penerbangan dari KLIA ke Changi.



"Setiap kali buat panggilan mereka menanyakan kepada saya bila saya nak datang ke Singapura menemui mereka, cucu saya amat merindui saya, saya sendiri juga sama - siapa yang tidak rindukan mereka," kata Cik Christine Soon, yang ditemani suami, ketika ditemui sebelum berlepas melalui penerbangan MH603.



Kededuanya memang tidak sabar mahu menemui anak lelaki mereka yang bekerja di Singapura yang kali terakhir ditemui kira-kira dua tahun lalu.



Berbeza dengan Cik Nita Kaur yang sanggup meninggalkan urusan buat seketika di Singapura hanya untuk menemui bapanya di Muar, Johor, yang tidak ditemui sejak Ogos tahun lalu.



Beliau yang begitu sebak untuk menceritakan rasa bersyukur dapat menjejakkan kaki di bumi tanah kelahirannya memuji skim VTL yang memudahkan penduduk sepertinya pulang ke dakapan orang-orang tersayang di kampung halaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >