SETIAP tahun Pasar Kurma Al Barakah menjual lebih daripada 30 jenis kurma dan buah-buahan kering dari seluruh dunia.
Penyediaan pelbagai jenis kurma ini penting supaya masyarakat Islam dan bukan Islam dapat menikmati variasi makanan sunah yang sihat lagi bermanfaat, kata pengarah pemasaran Pasar Kurma Al Barakah, Encik Abdul Rahman Bahurudeen.