Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sate kurang terjejas

AlHambra buka cawangan sebelah masjid

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN hujan lebat, kedai makan di sebelah Masjid Kassim di Changi Road itu dipenuhi pelanggan.



Antara hidangan di situ ialah sate cawangan gerai Original Alhambra Satay Club.



Pemilik generasi kedua gerai sate itu, Encik Palil Haji Juwahir, juga dikenali sebagai Saiful, berkata cawangan gerai sate itu baru dibuka pada awal Disember lalu, sebelum fasa ketiga pembukaan semula ekonomi Singapura.



Beliau memiliki sebuah lagi gerai sate di kedai makan Teh Tarik Geylang Serai.



Menurut Encik Palil, 67 tahun, perniagaan sate itu diasaskan oleh orang tuanya yang berketurunan Jawa, Allahyarham Haji Juwahir Amat Rojoh dan Allahyarhamah Hajah Kasminah Haji Ismail, pada 1960-an.



Ibu Encik Palil mengajar beliau cara membuat kuah kacang, manakala bapanya "mencurahkan ilmu" menyediakan daging sate.



Walaupun perniagaan satenya di Geylang Serai rancak dan mempunyai ramai pelanggan tetap, Encik Palil berasa masih ramai dalam kalangan generasi muda yang kurang menghargai makanan warisan itu.



Beliau juga "bimbang" hidangan itu akan hilang satu hari kelak.



Dengan bermodalkan $10,000, beliau membuka cawangan itu walau dalam waktu mencabar ini.



Cawangan baru itu diuruskan anak saudaranya, Encik Mustakim Salamat, 36 tahun, dengan bantuan dua pekerja.



"Saya telah didedahkan kepada perniagaan sate selama lebih 40 tahun dan telah menolong sejak muda lagi - ketika saya masih bersekolah rendah di Tun Sri Lanang.



"Saya nekad membuka cawangan baru pada Disember lalu, walaupun dalam waktu pandemik ini, kerana ingin memelihara sajian tradisional ini dan menyerahkan perniagaan keluarga kami ini kepada anak saudara saya untuk dilestarikannya.



"Diharap resepi sate keluarga turun-temurun ini dapat terus terpelihara dan diwarisi keluarga kami pada masa depan," ujar Encik Palil.



Beliau yakin perniagaan satenya mampu berdaya bertahan hingga ke generasi seterusnya, malah dapat dikembangkan lagi menerusi skim francais atau hingga ke luar negara.



Gerainya menyediakan sate ayam, kambing, lembu dan babat pada harga 70 sen secucuk.



Menurut Encik Palil, satenya disediakan on the spot, iaitu disiapkan apabila tempahan diterima daripada pelanggan, dengan menggunakan bahan segar, termasuk kacang halus gred satu yang diimport.



Bagi Encik Mustakim pula, peluang menyenggarakan perniagaan sate Alhambra merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas dengan sungguh-sungguh.



Sebagai anggota keluarga generasi ketiga perniagaan itu, beliau berhasrat mengembangkan perniagaan tersebut ke persada antarabangsa, sambil memanfaatkan teknologi.



"Saya sudah membantu di gerai sate pak cik saya lebih lima tahun, tetapi rasanya masih banyak yang perlu saya belajar. Namun saya yakin boleh melakukannya dengan baik.



"Saya ingin mengembangkan jenama sate Alhambra ini ke luar negara, khususnya ke Malaysia, Australia, Jepun dan Canada, kerana berasa sate merupakan makanan yang boleh diterima ramai.



"Saya juga menggunakan media sosial, seperti Facebook dan Instagram, untuk terus menguatkan lagi penjenanamaan perniagaan sate keluarga kami," ujar Encik Mustakim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >