Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMPRO HOLDINGS

Program bantuan kemanusiaan 2021

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



PERMULAAN PROGRAM



Program Bantuan Kemanusiaan AMPRO bermula daripada AMPRO Holdings dengan projek Qurban Amal pada 1999.



Pada 2017, AMPRO memutuskan memindahkan projek ini kepada Yayasannya, AMPRO Foundation, sebuah syarikat tidak meraih untung, berdaftar dan disenaraikan bawah Pendaftar Syarikat (ACRA).



Dengan cogan kata "Menggabungkan Qurban Dengan Bantuan Kemanusiaan", AMPRO adalah badan pertama yang menjagatkan daging korban, sekali gus menjadikan ia sumber makanan segera untuk mereka yang menghadapi krisis makanan disebabkan bencana alam ataupun konflik di mana sahaja, tidak kira sempadan atau bangsa.



PENERIMA BANTUAN MELALUI KORBAN AMAL



Antara penerima bantuan kemanusiaannya sejak 1999 adalah:



Tahun 2002 golongan duafa di Afghanistan; 2004 mangsa kebuluran di Somalia; 2005 mangsa tsunami di Aceh; 2006 mangsa gempa bumi di Pakistan; dan 2007 mangsa ribut taufan di Bangladesh.



Pada 2003, dengan kerjasama sebuah masjid terkemuka di Singapura, AMPRO mengirim bekalan makanan untuk mangsa gempa di Bam, Iran.



BANTUAN KECEMASAN



Selain Bantuan Makanan, Program Bantuan AMPRO menghulurkan juga Bantuan Kecemasan kepada mereka yang ditimpa musibah.



Contohnya pada 2012 ia telah mengirim alat membantu pergerakan untuk orang kurang upaya akibat bencana alam atau konflik seperti kerusi roda, tongkat dan sebagainya.



Pada 2014/2015, AMPRO menghulur bantuan perubatan kepada dua hospital di Gaza, Palestin - Al Karama Hospital dan Dar Essalam Hospital.



FOKUS AMPRO



Fokus Program AMPRO juga di tujukan kepada projek yang dapat memperkasa mereka yang hidup dalam lingkaran kemudaratan. Impian badan ini adalah membantu mereka bangkit supaya dapat berdikari.



Sejajar dengan ini, beberapa projek telah dilakarkan untuk menolong mereka yang hidup melarat.



Pada 2018, bersama rakan kerja, Penny Appeal Australia, AMPRO mengadakan kursus menjahit untuk wanita di Bangladesh.



Tujuannya memberi mereka kemahiran yang boleh digunakan sebagai sumber rezeki.



Mereka yang menghadapi risiko buta juga mendapat perhatian. Terdapat ramai penduduk di Dunia Ketiga yang terdedah kepada risiko buta akibat katarak kerana kekurangan vitamin, terutama vitamin A.



Rawatan awal dapat mencegah kehilangan penglihatan. Dengan kerjasama sebuah hospital privet di Afrika, Midlands Medical Centre, AMPRO pada 2018 membantu mereka menjalani rawatan awal, dan dengan ini berjaya mencegah kebutaan.



Membangkitkan diri melalui pendidikan - AMPRO yakin ini adalah pendekatan paling berkesan.



Bantuan yang dihulurkan pada 2018 merupakan kiriman bekalan meja tulis yang di panggil Tutu Desk, sejenis 'lap desk' (meja riba) yang boleh menggantikan meja tulis biasa. Seramai 95 juta murid di Afrika tidak mempunyai kemudahan meja tulis. Tutu Desk, dengan kos lebih murah, berjaya membaiki mutu tulisan murid tersebut.



Satu lagi projek untuk memperkasa diri adalah penanaman semula pokok zaitun di Gaza. Buah zaitun dan kegiatan bersangkutan boleh menyumbang sekitar 20 peratus kepada ekonomi Palestin.



Bermula 2019 dengan tanaman 2,200 pokok zaitun, sebanyak 1,500 pokok lagi ditanam kembali pada 2020. Projek tanam semula pokok zaitun akan diteruskan tahun ini.



PROJEK BARU



AMPRO telah menyediakan dua projek baru tahun ini:



1. Pembinaan sebuah kilang roti di Yemen untuk membantu mereka yang memerlukan. Hasil penjualan roti akan dipulangkan kepada mereka yang daif.



Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yemen merupakan krisis kemanusiaan yang terbesar di dunia dengan lebih 24 juta penduduk memerlukan bantuan kecemasan termasuk 12 juta kanak-kanak.



2. Penubuhan sekolah di Sittwe, Rakhine, Myanmar. Terdapat lebih 200,000 kanak-kanak dan remaja Rohingya yang perlu disekolahkan.



Rancangan ini bertujuan membina empat pusat pembelajaran di kem-kem pelarian dan di kampung penampungan terdekat untuk menyekolahkan 3,600 pelajar di bawah pengelolaan 78 guru.




SERTAI PROJEK AMPRO



Jika anda berminat menyertai projek AMPRO, sila isi dan pulangkan borang penyertaan ke pejabat melalui e-mel di ampro.foundation@ gmail.com atau WhatsApp di talian 9711-2824.



Sila lungsuri facebook AMPRO di www.facebook.com/amprofoundation untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >