Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMPRO

Insaniyah Ramadan terus lancar

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



'SIKIT-SIKIT, lama-lama jadi bukit'. Kata-kata ini mencerminkan perjalanan dan perkembangan Program Bantuan Kemanusiaan Ampro.



Bermula pada 2005, Ampro menawarkan bantuan kemanusiaan ke Afrika, di mana terdapat bilangan besar penduduk hidup di bawah paras kemiskinan, dengan menyediakan pakej perubatan.



Ampro mengagihkan aneka jenis vitamin, terutama vitamin D, bagi kanak-kanak dan kit perubatan yang dilengkapi keperluan merawat luka atau kecederaan ringan.



Kemudian, pada 2017, pemindahan berlaku apabila Ampro mengalihkan kerja-kerja kemanusiaan dari Ampro Holdings Pte Ltd kepada Ampro Foundation, sebuah badan berkanun yang tidak meraih keuntungan.



Pada waktu yang sama, fokus Ampro juga diluaskan - tumpuannya kini merangkumi komuniti atau warga yang menderita di Timur Tengah, Asia dan tentu sekali di Afrika.



Projek-projek Ampro terbahagi kepada dua bahagian: pertama adalah Bantuan Kemanusiaan Asas /Kecemasan, dan kedua adalah Bantuan Perkasa Diri.



PROJEK INSANIYAH RAMADAN



Projek Insaniyah Ramadan adalah projek bantuan asas yang memberi fokus kepada masalah kekurangan makanan.



Menurut Pengurus Program Bantuan Kemanusiaan Ampro, Cik Dinah Musa, Ampro memberi tumpuan kepada agihan pek makanan untuk memenuhi keperluan makanan jangka masa pendek.



Pada tahun ini, Ampro juga mengagihkan pek makanan ke Palestin, Lebanon, Yaman, Indonesia dan Myanmar.



Ampro yang telah kendalikan Program Bantuan Kemanusiaan selama 17 tahun juga melakukan pelbagai projek secara menyeluruh.



Berikut antara projek Ampro:



AFRIKA



Bantuan Medikal (2005-2016): Agihkan vitamin D dan vaksin untuk kanak kanak.



Meja Riba (2018): Sediakan meja riba untuk pelajar di Afrika. Meja riba adalah huraian praktikal untuk sekolah-sekolah yang tidak mampu menyediakan meja biasa.



Pembedahan Katarak, Open your Eyes (2018/2019): Khidmat pembedahan katarak yang mencegah kebutaan dibuat bagi penduduk miskin di Afrika.



TIMUR TENGAH



Bantuan Makanan dan Keperluan lain (2014): Di Jordan bagi membantu pelarian yang menghadapi musim salju yang paling teruk.



Bantuan Medikal ke Hospital Al Karama (2015) dan Hospital Beit Hanoun (2021) di Gaza: Bantuan untuk mangsa letupan di Pelabuhan Beirut di Lebanon (2020).



Kiriman Alat Pelindung Covid19 ke Gaza (2020).



Projek Terkini di Timur Tengah:



1. Pemulihan Kebun Zaitun di Gaza (2020-2022) - industri yang berkaitan dengan buah zaitun adalah penting bagi ekonomi Gaza



2. Projek Bakeri di Yaman yang merupakan sumber makanan dan pendapatan (2021/2022).



3. Projek Shifaa di Yaman menyasarkan wanita hamil dan yang sedang menyusu anak serta kanak-kanak lima tahun ke bawah.



Mereka adalah golongan rentan yang perlu dibantu dengan program makanan jangka masa panjang.



ASIA



  • Bantuan Kecemasan untuk pelarian Rohingya, Cox Bazaar, Bangladesh (2017/2018).

  • Bekalan air bersih dan kursus kemahiran menjahit di Sri Lanka (2018).

  • Bantuan Kecemasan mangsa tsunami di Sulawesi, Indonesia (2020).

Projek Terkini di Asia:



Melengkapi yatim piatu dengan kemahiran menulis dan membaca dengan menyekolahkan mereka di Pakistan (2022).



STRATEGI JANGKA PANJANG



Menurut Cik Dinah, dalam pengendalian projek-projek Ampro, mereka mengambil strategi jangka masa panjang.



Ini bermakna Ampro sentiasa memantau perkembangan projek dan jika terdapat masalah, mereka sentiasa akan mengambil langkah yang wajar untuk mendapatkan solusi.




JIKA BERMINAT 



Jika anda berminat menyertai Program Bantuan Kemanusiaan Ampro, sila isi dan kembalikan borang penyertaan ke:



Ampro Foundation

160 Changi Road

#02-03 Hexacube

Singapura 419728

secepat mungkin, atau WhatsApp di talian 9711-2824. Anda juga boleh e-mel di ampro.foundation@gmail.com.



Sila rujuk laman Facebook, ampro.qurban, untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >