Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Anak Eka Mairina, Chariska Anugrah, usaha jadi penghibur inspirasi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Finalis belia Suara 3.0 kejar impian seni

Anak Eka Mairina, Chariska Anugrah, usaha jadi penghibur inspirasi

Mereka masih muda belia dan memiliki aspirasi untuk berjaya dalam persada seni Singapura. Satu laluan bersejarah yang mereka cipta buat penerokaan dalam bidang hiburan adalah melalui peraduan adu bakat Wisma Geylang Serai (WGS), Suara 3.0. Dua finalis peraduan ini berkongsi dengan BERITA HARIAN sumber inspirasi mereka dalam berseni di ambang peringkat akhir Suara 3.0 pada 23 Januari 2022.
Dec 13, 2021 | 05:30 AM

WALAUPUN Chariska Diva Anugrah minat menyanyi sejak usia 11 tahun, keyakinan dirinya agar menyerlah dalam bidang ini belum ada kerana tidak dapat melangkah jauh dalam peraduan adu bakat yang disertai ketika itu.

Namun, remaja yang kini berusia 17 tahun dan menuntut di Maktab Rendah Anglo-Chinese (ACJC), tidak pernah mudah tewas dengan memburu cita-citanya bersinar seperti ibunya, juara Anugerah2003, Eka Mairina.

Meskipun pernah melalui fasa dengan kekecewaan membelenggu jiwanya, Chariska bersyukur 2021 adalah tahun yang membawa perubahan buatnya dalam bidang seni.

Setelah bandnya 'fourfit' terpilih untuk Pesta Jalanan Singapura, kini giliran Chariska pula menyerlah sebagai salah seorang daripada 10 finalis peraduan adu bakat Wisma Geylang Serai (WGS), Suara 3.0.

Peringkat akhir pertandingan ini akan berlangsung pada 23 Januari tahun depan.

Ikuti kisah perjalanan seni Chariska yang menjadikan kumpulan K-Pop BTS serta band Paramore sebagai idolanya dalam wawancara berikut.

Soalan (S): Ceritakan bagaimana anda terbabit dalam bidang seni.

Chariska (C): Sebetulnya, pada usia 11 tahun dan ketika dalam darjah lima, saya sudah meminati bidang nyanyian dengan mengikuti satu muzikal sekolah.

Saya diberi peranan utama dalam muzikal itu dengan saya dapat merasakan pengalaman bergelar seorang penghibur.

Saya cuba sertai beberapa peraduan menyanyi tetapi tidak pernah pergi jauh sehinggakan saya kecewa. Saya terasa mungkin menjadi penyanyi bukan jalan saya.

Mungkin saya lebih sesuai menjadi pelakon memandangkan saya ikuti teater muzikal dan kontemporari di sekolah menengah.

Muzikal memberikan ruang kepada saya mengasah kemahiran menyanyi, menari dan berlakon.

Pada usia 15 tahun, saya menyedari kembali bahawa menyanyi dan menari adalah kecenderungan saya dan bukannya berlakon.

Itulah detik saya mula menyedari saya lebih rela menyanyi dalam sebuah persembahan daripada diberi peranan utama dengan banyak dialog untuk disampaikan.

S: Apakah hikmah yang anda raih sewaktu pandemik?

C: Saya mula menulis lebih banyak lagu dan belajar bermain piano secara asas. Cuma itulah tahun saya mengambil peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' lantas saya perlu berikan perhatian pada pelajaran saya.

Tapi pada tempoh pandemik, saya mula bangunkan kemahiran membuat persembahan dan menggilap daya persembahan dan daya hibur saya.

Saya menubuhkan band saya fourfit. Alhamdulillah, mungkin selepas banyak rasa putus asa yang saya lalui, 2021 memberi semangat baru buat saya.

Saya yakin Allah berikan kita rezeki dan peluang apabila kita benar-benar sudah bersedia menggalas amanah kita dan lebih matang.

Selain Pesta Jalanan Singapura yang menampilkan fourfit, secara solo, saya dipilih ke peringkat akhir Suara 3.0.

S: Bagaimana ibu anda memberi dorongan?

C: Saya tahu saya takkan sampai sejauh ini tanpa galakan ibu saya. Suara saya tidak seistimewa mana. Saya masih baru dalam bidang ini.

Walaupun teragak-agak bertanding dalam Suara 3.0 pada awalnya, saya ikut cakap ibu saya.

Kalau tak cuba, saya tak tahu. Saya akan kehilangan lebih lagi daripada meraih pulangan banyak kalau saya masih gentar mencuba. Ibu kata, saya tak rugi apa-apa pun kalau saya masuk peraduan ini.

Secara umum, ibu memang mahu saya fokus pada pendidikan saya. Beliau ingin lihat saya tamat pengajian dan menjadi wanita berkerjaya dalam bidang guaman.

Namun, sesuatu yang tidak dapat dinafikan, saya dibesarkan dalam sekitaran ibu juga seorang karyawan muzik.

Tidak salah melabur masa dan tenaga buat muzik asal sahaja saya tidak lupakan pelajaran saya.

Ibu yang selalu dorong saya berlatih dan terus berlatih. Beliau beri panduan dalam pemilihan lagu serta mengajar saya agar menjadi penghibur dan bukan setakat penyanyi.

Pilih lagu ikut kesesuaian suara saya, tak semestinya lagu wanita 'powerhouse' dengan nada tinggi.

S: Apa cita-cita anda?

C: Saya ingin jadi penghibur yang dikenali dan mengadakan persembahan yang dapat memenuhi cita rasa penonton.

Saya ingin persembahan saya membawa sekilas senyuman buat penonton. Sekurang-kurangnya, saya dapat jadi penglipur lara mereka dan bawa mereka lari sebentar daripada segala kegelisahan dan permasalahan dunia.

Dunia ini terlalu banyak tekanan. Kita perlukan muzik untuk tebar pesanan kemanusiaan dan ia boleh jadi sumber menyumbang kepada masyarakat.

Saya malah terpaut pada teknik nyanyian Michael Buble yang mampu mendekati jiwa pendengar dan memberi mereka harapan dalam kehidupan.

Sentuhan jiwa sebegini yang ingin saya terapkan dalam perjalanan seni saya.

S: Namakan tiga lagu yang menyentuh jiwa anda.

C: Lagu Jepun BTS, Film Out. Saya sukakan penerbitan lagu ini yang unik. Ia mampu mengeluarkan emosi jujur si pendengar.

Apa sahaja lagu dendangan Celine Dion sebab saya suka penyampaian emosi bintang legenda ini yang penuh inspirasi.

Akhir sekali, lagu California daripada artis 88rising asal Indonesia, Rich Brian, NIKI dan Warren Hue.

Saya suka cara 88rising memberikan ruang buat artis Asia menyerlah dan berdiri sama tinggi dengan artis Barat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3