Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PANDANGAN

Anak istimewa punya potensi luas untuk dipenuhi

Dec 28, 2020 | 05:30 AM



PADA Januari ini, ramai ibu bapa di luar sana yang akan berasa ghairah serta bangga melihat anak-anak mereka yang berusia tujuh tahun melangkah ke darjah satu di sekolah kebangsaan.



Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa atau di dalam spektrum autisme, keriangan ini agar sukar dibayangkan pada satu masa dahulu.



Anak saya disahkan mempunyai autisme ringan (mild autism) pada usia tiga tahun.



Tidak seperti kakaknya, dia menunjukkan perkembangan yang agak lambat.



Pada usia dua tahun, dia masih tidak bertutur, tidak memberi perhatian pada kita apabila diajak berbual dan sering mengalami 'meltdowns' .



Lawatan pemeriksaan yang dilakukan pada umur tiga tahun ke pakar perkembangan kanak-kanak mengesahkan keadaan yang dialami.



Sebagai seorang ibu, berita seperti itu sangat menakutkan dan saya mula bertanya di mana silap saya hingga keadaannya sebegitu.



Saya mengambil masa yang agak lama sebelum menerima kenyataan bahawa dia anak yang istimewa. Lantas selepas diberi kaunseling, saya membuat keputusan mencari jalan untuk membantu dia hidup seperti anak-anak biasa.



Kami disarankan supaya memulakan terapi pertuturan dan saraf di pusat intervensi kanak-kanak untuk membantu mempertingkatkan daya fokus dan tingkah lakunya.



Kami juga mendaftarkannya ke prasekolah aliran utama supaya dia dapat berintegrasi dan belajar bersama anak-anak lain.



Walaupun terapi intervensi itu seperti cahaya di hujung terowong, kami menghadapi cabaran semasa dia di prasekolah aliran utama.



Kami terpaksa menukar prasekolah yang berbeza selang hanya berberapa bulan kerana anak saya didapati 'mengganggu' rakan-rakan di kelas dengan kelakuannya yang agak agresif.



Namun, dengan kegigihan dan usaha oleh pelbagai agensi, anak saya akhirnya diterima di prasekolah aliran utama yang bersepadu.



Di sini, dia berkembang dengan positif atas bantuan guru-guru yang percaya pada kebolehan anak-anak istimewa sepertinya.



Bulan-bulan terakhir anak saya di pusat intervensi amat sengit kerana dia masih menghadapi cabaran mengenal huruf, fonetik dan menyalin perkataan.



Namun, para guru yakin bahawa dia akan memenuhi matlamat atau 'goal settings' sebelum akhir semester.



Untuk membantu anak saya dalam meningkatkan prestasi celik huruf, saya juga mendaftarkan anak saya ke kelas tambahan fonik dan celik huruf secara peribadi serta menulis dengan seorang guru pendidikan awal yang berpengalaman.



Alangkah bersyukurnya kami apabila dia mengejutkan guru-gurunya dengan menunjukkan potensi sepenuhnya pada hari terakhir penilaiannya.



Bahkan, dia melepasi matlamat yang asas dan boleh membuat lebih daripada matlamatnya sebelum akhir tahun persekolahan.



Menjelang 2021, anak saya akan meneruskan pendidikannya di Sekolah Pathlight.



Pernah saya berbicara denga seseorang pemandu Grab yang berkata pada saya apabila saya memberitahu keadaan anak saya.



Dia berkata:



"Puan harus bangga. Anak puan diterima di sebuah sekolah khas dan terunggul di negara kita bagi individu istimewa yang berbakat khas. Itu satu penghormatan."



Saya tidak dapat menafikan saya sungguh bersyukur.



Selama tujuh tahun, banyak pelajaran yang saya dapati sebagai seorang ibu kepada anak istimewa.



Di antaranya:



1. Jangan menyalahkan diri sendiri dan menafikan keadaan anak-anak kita. Belajar bersikap positif dan berusaha mencari jalan keluar supaya kita dapat membantu anak kita dapat bantuan yang diperlukan.



2. Kuatkan semangat. Dengan kekuatan, anda dapat mengawal hati dan fikiran anda untuk mencapai perkara yang lebih besar demi anak-anak kita.



3. Terima anak anda dengan seadanya, raikan setiap kejayaan walapun kecil.



4. Anak-anak kita mengajar kita erti kesabaran dan reda dengan apa yang Allah swt sudah tentukan. Namun, ia tidak bermakna kita harus berpeluk tubuh dan tidak berusaha mencari jalan terbaik untuk anak- anak kita hidup dengan sempurna.



Tentu ramai di antara kita ibu bapa pernah terdengar ayat ini: "Anak-anak kita adalah hadiah yang dipinjamkan kepada kita daripada Tuhan.



Maka peranan kita adalah untuk membesarkan mereka dengan baik tidak kira apa keadaannya."



Anak istimewa saya dititip untuk memberi kita pelajaran berharga tentang menangani kehidupan.



Bahkan, saya belajar menerima bahawa mereka adalah anugerah yang istimewa.



Namun, yang lebih penting, dia mengajar kita bahawa kita adalah satu keluarga.



Oleh itu, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk saling mengasihi dan saling menyokong dan sabar - walaupun apa jua keadaan kita.



Penulis pengasas firma Tin Communications, yang menyediakan kempen media sosial dan PR. Beliau seorang ibu kepada anak autisme yang akan melangkah ke Sekolah Pathlight bagi memulakan darjah 1 tahun depan.




"Anak istimewa saya dititip untuk memberi kita pelajaran berharga tentang menangani kehidupan.



Bahkan, saya belajar menerima bahawa mereka adalah anugerah yang istimewa.



Namun, yang lebih penting, dia mengajar kita bahawa kita adalah satu keluarga.



Oleh itu, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk saling mengasihi dan saling menyokong dan sabar - walaupun apa jua keadaan kita."
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >