Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS INDONESIA

Anak Krisdayanti positif Covid-19 di ambang pernikahan

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



TARIKH 21 Mac dinanti-nanti anak sulung penyanyi Anang dan Krisdayanti, Aurel Hermansyah, yang bakal bernikah dengan sensasi YouTube Indonesia, Atta Halilintar.



Mereka yang sebelum ini putus cinta dek perselisihan faham kembali membina cinta lebih utuh dan merasakan jodoh lebih kuat untuk ke jenjang pelamin kini, lapor laman Cirebon Pikiran Rakyat.



Namun, selang beberapa hari membuat pengumuman tersebut, Aurel, 22 tahun, disahkan positif Covid-19.



Ini dimaklumkan kepada orang ramai menerusi Instagram Aurel serta bapanya Anang dan ibu tirinya yang dipanggil 'Bonda', Ashanty.



Ashanty, 36 tahun, juga disahkan menghidap Covid-19.



Kata Aurel yang bimbang kalau penyakit itu sudah berjangkit kepada mereka yang pernah bertemu dengannya:



"Sesiapa yang pernah bertemu dengan saya dan Bonda, harap jalani pemeriksaan ya. Kami rajin menjalani ujian ringkas Covid-19. Biasanya negatif. Tiba-tiba yang terkini didapati positif."



Ashanty pula menyatakan beliau mengalami tanda jangkitan seperti flu, batuk, demam panas dan sesak nafas sebelum ini.



Hasil daripada keterangan videonya, Aurel dijadualkan menggayakan busana tiga konsep, Jawa, Padang dan Antarabangsa bagi majlis kahwinnya.



"Akad nikahnya pakai pakaian Jawa. Sebab bakal suami Atta dari Padang, kami akan memakai baju Padang buat resepsi.



"Bonda pula mengusulkan kami gayakan pakaian antarabangsa selepas itu."



Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup Aurel bulan ini.



Berita gembira juga baru diterima apabila video muzik lagu terkininya, Cinta Seperti Aku, yang memaparkan bakal suaminya Atta, disambut baik dengan tontonan 4.6 juta kali walaupun baru sahaja dimuatnaikkan ke YouTube pada 12 Februari lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >