Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak muda junjung budaya dalam seni

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



CINTA pada warisan dan budaya Melayu membuatkan pelukis muda, Encik Rusydan Norr, ingin menghasilkan lebih banyak kerja seni yang menggali sejarah sesuatu adat zaman berzaman.



Berbekal minat sedemikian, lulusan Diploma Seni Halus daripada Maktab Seni Lasalle itu menyertai Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) bulan lalu demi memperluas ilmu dan belajar daripada pelukis veteran yang lebih mendalami budaya Melayu.



Encik Rusydan, 23 tahun, turut mempamerkan tiga kerja seni berupa proses cetakan klorofil pada daun sirih yang diberi nama Layu Dedaun Anak Dara pada pameran 'Rewang', anjuran Apad di balai seni Maya Gallery.



Ikuti wawancara Berita Harian bersamanya.



Soalan (S): Apakah yang membuatkan anda tertarik menyertai Apad?



Encik Rusydan (R): Saya menyertai Apad bulan lalu kerana saya tertarik pada sejarah dan warisan badan seni ini.



Saya lihat sejarah awalnya sebagai badan seni dengan pelukis yang mendekati masyarakat melalui bengkel dan kelas lukisan buat pelajar dan kanak-kanak.



Melihat pada kemahiran seni visual yang saya miliki, saya juga ingin menyumbang kepada ma- syarakat dan berharap melalui penglibatan ini saya kelak dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan generasi pelukis muda mendatang.



Tidak lupa kehadiran ramai pelukis mapan yang begitu kaya pengetahuan budayanya. Baru sahaja berbual dengan pelukis veteran, Encik Abu Jalal Sarimon, dah macam-macam ilmu yang saya perolehi.



Beliau tahu tentang perlambangan unsur alam dan mengapa orang Melayu memanfaatkannya untuk sesetengah peribahasa. Beliau tahu penggunaan daun sirih dalam adat istiadat Melayu.



Saya anak muda dan tak begitu mendalami aspek ini. Mungkin saya tahu setakat seimbas lalu dan tiada pengalaman memanfaatkan bahan-bahan alam ini. Perbualan sebegitu memberi kesegaran pada proses pemikiran seni saya.



S: Ceritakan tentang kerja seni anda dalam pameran 'Rewang'.



R: Proses mendedahkan daun sirih pada cahaya matahari selama enam jam ini sejajar dengan minat saya terhadap kajian tumbuhan atau etnobotani.



Daun sirih banyak digunakan dalam hantaran majlis kahwin masyarakat Melayu. Orang dahulukala pun makan sirih.



Lama-kelamaan adat dan kebiasaan ini pudar. Nenek saya sendiri tak pernah merasa daun sirih.



Hasil kajian saya menunjukkan penggunaan atau pemakanan daun sirih kian pudar dalam kalangan masyarakat kita selepas satu penemuan sekitar 1930-an yang mengatakan daun sirih membawa mudarat kesihatan jika dimakan. Risikonya adalah wujudnya barah tekak.



Kini, daun sirih lebih pada bahan hiasan dengan ramai anak muda tidak tahu pengertiannya dalam majlis kahwin.



Penggunaannya berkurangan dan adat sebegini kurang diamalkan. Bagaimanapun, sebelum ia pudar, kita sebagai generasi muda perlu ambil tahu mengenainya.



S: Bagaimana kerja seni anda dikaitkan dengan tema 'rewang'?



R: Rombongan pengantin lelaki dan perempuan akan saling berkunjung ke rumah satu sama lain dengan hantaran kahwin.



Ada sirih junjung dan ada sirih dara. Sirih junjung bertukar tangan antara pihak lelaki dengan pihak perempuan dan merupakan komponen utama majlis kahwin.



Sirih dara pula melambangkan status dara pengantin perempuan dan biasanya diletakkan sebagai hiasan pelamin.



Interaksi sosial antara dua keluarga pengantin saya anggap sebagai satu unsur gotong-royong dan rewang. Ia penjalin ukhuwah dan perpaduan sosial.



Antara cabaran yang saya hadapi dalam menghasilkan kerja seni ini adalah keadaan cuaca. Kalau awan kelabu dan cuaca mendung, kerja seni ini memang tak 'menjadi'. Jadi perlu tunggu cuaca baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >