Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Anak perempuan DPM Ahmad Zahid sifatkan bantahan Bersih 'kerja bodoh'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Anak perempuan DPM Ahmad Zahid sifatkan bantahan Bersih 'kerja bodoh'

Aug 31, 2015 | 03:42 PM

PETALING JAYA: Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membidas penyokong perhimpunan Bersih hujung minggu lalu kerana membawa tuntutan mereka ke jalan raya atas nama mempertahan negara.

Menulis dengan ghairah di Facebook hari ini (31 Ogos), Cik Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan tunjuk perasaan tersebut sebagai "kerja bodoh", dan lebih baik penyokong perhimpunan itu menyertai tentera.

Menurut Cik Nurulhidayah, beliau mempunyai pengalaman serupa pada 1998 dengan menyertai bantahan "reformasi" yang diketuai mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menuntut Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan.

"Betapa BODOH NYA aku ketika itu sbb berkumpul nak seronok2," tulis beliau.

Bapa beliau, sekutu Datuk Seri Anwar ketika itu, turut ditangkap dan ditahan di penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selepas bercakap menentang Dr Mahathir.

Cik Nurulhidayah berkata bantahan jalanan tidak relevan hari ini kerana dunia melihat Malaysia mengalami huru-hara.

"Malas la nak cakap. Pendapat aku - ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah - KERJA BODOH," ujarnya.

Pos Facebook beliau itu kini viral di media sosial. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK)

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3