Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak seni SG jangka saingan sengit bintang 'A'

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



DENGAN bermulanya pertandingan realiti Astro kesukaan ramai, Gegar Vaganza 8 (GV8) malam esok, akan hangatlah media sosial dengan perbincangan mengenai persembahan dalam peraduan ini.



Dua anak seni Singapura, penyanyi Nana Karia dan kartunis Mat Tocang atau nama sebenarnya Mohamad Idham Mokaron, yang merupakan pengamat program ini berkongsi dengan Berita Harian harapan dan ramalan mereka.



Soalan (S): Apakah harapan anda buat GV8?



Nana: Saya harap GV8 dapat terus sediakan orang ramai dengan hiburan bermutu dengan mengekalkan keputusan memberi gelaran juara GV buat peserta yang layak meraihnya kerana mutu, konsisten, daya bingkas dan usaha menjadi penghibur yang relevan.



Saya juga teruja ingin tahu apakah kejutan sensasi yang penerbit GV8 rancang dan sembunyikan untuk bikin kecoh keadaan seperti biasa.



Mat Tocang: Saya lihat betapa rencam dan luar biasanya peserta GV8 kali ini. Ramai yang miliki bakat terpendam. Ada pelawak dan cef selebriti sekali.



Saya pernah menonton Yassin (Senario) menyanyikan lagu rok XPDC dan buat pemeriksaan suara manakala Saiful Apek mendendangkan 'medley' 12 lagu sekali.



Dari Senario dah jadi SA.YA, mengikut dua huruf awal nama mereka berdua.



Justeru, mudah-mudahan, kali ini, GV8 lebih berwarna. Sebabnya saya pun nak tengok Datuk Fazley, Bandi Amuk, Nico, Upiak Isil (penyanyi lagu tular Tak Tun Tuang) menyanyikan lagu di luar genre mereka.



S: Siapa yang diramalkan akan menjadi juara GV8 atau bakal bersaing sengit di konsert akhir?



Nana: Saya pilih Tiga 'A'! Mereka adalah Aliff Aziz, Aweera dan Adibah Noor. Saya suka dengan mutu vokal ketiga-tiganya sebab pernah menyaksikan mereka menyanyi 'live' dahulu.



Saya sudah lihat bagaimana suara Aliff berkembang sejak menjuarai Anugerah 2007 dengan pengalaman hidupnya menjadikan suara dan tonasinya lebih kaya warna dan kerencaman.



Sebagai peminat genre rok pula, saya tak boleh nafikan suara serak-serak basah Aweera. Dengan julat suara sepertinya yang penuh dengan aura dan jiwa 'rock & roll', rasanya beliau persis juara GV7, Cliff Umar, yang tidak diduga akan menunjukkan 'taringnya' sebagai peserta yang ada orang rasa mempunyai peluang tipis untuk menang atau underdog.



Adibah pula mempunyai suara yang mempesona dan lunak. Dengar beliau berbual sahaja buat kita terpaku. Apa sahaja lagu yang beliau lantunkan pastinya membuatkan anda rasa ibarat itu lagu original beliau.



Namun, saya tidak menafikan kebolehan Bandi Amuk, Saiful Apek dan Yassin. Rasanya orang tahu kebanyakan penyanyi rok dan metal adalah vokalis serba boleh yang bukan sahaja tahu mengemudi karakter vokal mereka mengikut genre berbeza tetapi dapat memberi kehadiran pentas dan daya hibur yang luar biasa.



Mat Tocang: Dua 'A' pilihan saya iaitu Adibah Noor dan Aweera. Mereka berdua mempunyai suara yang mantap, baik ketika tarik suara atau perlu menyanyi pada nada rendah.



Saya pun ada pesanan buat Aliff Aziz. Ini waktu yang baik untuk bangkit semula atau membuat kemunculan semula. Saya harap beliau dapat membanggakan Singapura. Buat orang ramai yang menonton, terimalah Aliff yang baru. Usah mengecam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >